Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pelajar Cemerlang Dari Palestin Maut Dalam Perjalanan Kembali Ke Malaysia

Seorang pelajar cemerlang dari Palestin yang menuntut Universiti Antarabangsa Albukhary (AIU) Alor Setar dilaporkan meninggal dunia selepas ditembak oleh penembak tepat Israel.

Ditembak dalam perjalanan pulang ke Malaysia

Memetik laporan dari Kosmo!, Sulaiman J.S. Abuanza dikhabarkan telah ditembak sewaktu dalam perjalanan pulang dari Gaza ke Malaysia.

Pelajar cemerlang dari Palestin pulang ke Gaza lawat keluarga

Dia yang merupakan penuntut tahun kedua Sarjana Muda Komputer (Kepujian) telah pulang ke Gaza pada cuti semester lalu bagi melawat keluarganya dan melakukan pembedahan lasik di sana.

Ujar pensyarahnya yang dikenali sebagai Osaid Abdaljawwad, insiden malang yang menimpa pelajar terbabitadalah sewaktu dia melalui laluan di Mesir pada 7 Oktober lalu sebelum dia dibunuh oleh penembak tepat Israel di kawasan berhampiran dengan sempadan antara Gaza dan tanah yang dikawal oleh tentera tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sulaiman merupakan seorang pelajar yang cemerlang dan berbakat dengan CGPA 3.65, di samping kecemerlangan akademiknya yang luar biasa dalam kalangan rakan sebayanya dia menyumbang kepada banyak projek sosial di universiti termasuk projek perniagaan sosial (kawasan Niche AIU).
“Rakan sekelasnya menyifatkan dia sebagai seorang yang suka membantu dan menyokong dan dia pernah menawarkan sebarang bantuan kepada rakan sekelasnya.
“Sulaiman menyimpan negara tercinta Palestin di dalam hatinya sepanjang masa. Bersama-sama dengan rakan senegaranya, dia bekerja keras untuk meningkatkan kesedaran mengenai isu Palestin di kalangan pelajar universiti dan dia menganjurkan banyak acara dan program tentang Palestin di kampus AIU,” kongsinya.

Kredit foto: FB KUIP

Difahamkan, Kementerian Kesihatan Palestin memaklumkan yang angka kematian rakyat negara berkenaan akibat serangan udara Israel yang berterusan di Semenanjung Gaza meningkat kepada 2,808 orang dalam masa 10 hari.

Sumber: Kosmo!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Dugaan besar apabila anaknya didakwa dalam kes bunuh menjadi titik perubahan besar dalam hidup seorang wanita sehingga mendorongnya mengubah haluan daripada seorang suri rumah...

Sosial

Seorang lelaki berkongsi pengalaman mengejutkan apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa intipan oleh individu tidak dikenali ketika menggunakan tandas di sebuah stesen minyak di Sungai...

Lokal

Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) tidak membenarkan sebuah persatuan tokong menganjurkan majlis rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri dengan alasan ia merupakan...

Dunia

Keengganan Singapura untuk terlibat dalam rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat melalui Selat Hormuz disifatkan sebagai sesuatu yang amat dikesali oleh pemimpin pembangkang dan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd