Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Peguam Pelajar Kecam Shafie Apdal, Didakwa Cuba Jadikan Kes Zara Qairina Modal Politik

Barisan peguam yang mewakili empat pelajar dalam prosiding inkues kematian Zara Qairina Mahathir mengecam tindakan Presiden WARISAN, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yang didakwa cuba menjadikan kes berprofil tinggi itu sebagai modal politik menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Menurut laporan Harian Metro, dalam kenyataan bersama, peguam Azhier Farhan Arisin, Abdul Fikry Jaafar Abdullah, Mohammed Fareez Mohammed Salleh dan Sylyester Kuan menyifatkan kenyataan Mohd Shafie yang melabelkan kes tersebut sebagai pembunuhan serta mempersoalkan siasatan polis dan pakar patologi forensik sebagai tuduhan melulu, berbahaya dan menjijikkan.

shafie

Foto: Utusan Malaysia

Artikel lain: Inkues Zara Qairina: Pelajar ‘A’ Didakwa Ambil Cuti Sakit Panjang Selepas Insiden

“Melabelkan kes ini sebagai pembunuhan tanpa melalui proses undang-undang adalah tindakan tidak bertanggungjawab dan prejudis terhadap anak guam kami. Ia jelas cubaan untuk membakar sentimen awam demi kepentingan politik PRN akan datang.
“Keadilan seharusnya ditegakkan di mahkamah, bukan di pentas politik. Seorang pemimpin mempunyai kewajipan menjunjung maruah jawatan, bukan mengapi-apikan sentimen bagi meraih kelebihan pilihan raya,” katanya.

Menurut laporan, Mohd Shafie membangkitkan persoalan mengenai tempoh panjang inkues ketika berucap dalam sebuah majlis makan malam, rakamannya kemudian tular di media sosial.

Bagaimanapun, peguam berkenaan berkata kenyataan itu tidak wajar kerana merendahkan kewibawaan seorang pemimpin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

shafie

“Kenyataan pramatang sebegini bukan sahaja melemahkan prinsip bahawa setiap orang yang dituduh dianggap tidak bersalah sehingga dibuktikan sebaliknya, tetapi juga menunjukkan kurangnya rasa hormat terhadap keluarga Allahyarhamah yang masih berduka.
“Keadilan hanya boleh diputuskan di mahkamah berasaskan bukti dan keterangan, bukannya diputarbelit dalam ucapan politik atau media sosial,” ujarnya.

Zara Qairina, 13, meninggal dunia pada 17 Julai lalu di hospital, sehari selepas ditemukan tidak sedarkan diri berdekatan longkang di kawasan sekolahnya pada awal pagi.

Sumber: Harian Metro 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Anak sulung bekas wartawan penyiaran TV3, Karam Singh Walia dilaporkan meninggal dunia kelmarin, hanya 38 hari selepas bapanya menghembuskan nafas terakhir akibat barah hati...

Dunia

Ketua Menteri Tamil Nadu, C. Joseph Vijay mengarahkan penutupan segera 717 premis jualan arak milik TASMAC yang dikenal pasti terletak berhampiran kawasan sensitif termasuk...

Nasional

Di sebalik uniform yang disarung demi mempertahankan keselamatan negara, warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan keluarga mereka di kem seluruh negara turut berdepan realiti...

Politik

Kemenangan bintang filem terkenal yang kini bergelar ahli politik, C. Joseph Vijay bersama partinya Tamilaga Vettri Kazhagam dalam pilihan raya negeri Tamil Nadu disifatkan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd