Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pegawai Polis Didakwa Tolak Kekasih Dari Jambatan Pulau Pinang

Seorang pegawai polis didakwa tolak kekasih dari Jambatan Pulau Pinang pada Isnin dan pihak berkuasa mengklasifikasikan kes tersebut sebagai cubaan membunuh.

Menurut laporan Majoriti, Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin memaklumkan hasil siasatan awal mendapati wanita tempatan yang berusia 40 tahun mendakwa dia telah ditolak oleh lelaki berkenaan ke laut.

Bagaimanapun, pihaknya belum mengambil keterangan daripada lelaki yang berusia 37 tahun itu kerana masih mendapat rawatan di hospital susulan kecederaan yang dialaminya di bahagian kepala.

Pegawai polis didakwa tolak kekasih dari Jambatan Pulau Pinang

Artikel lain: Pasangan Kekasih Bertengkar Hingga Terjatuh Dari Jambatan Pulau Pinang

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, Khaw Kok Chin percaya sebelum kejadian berlakunya pertengkaran antara pasangan tersebut dan kes akan disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh.

“Kita percaya sebelum itu berlaku pertengkaran di tempat kejadian dan wanita terbabit mendakwa dia ditolak lelaki berkenaan.
“Justeru, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas cubaan membunuh,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut pada Selasa.

Jelasnya lagi, siasatan mendapati lelaki terbabit merupakan pegawai kanan polis yang bertugas di luar Pulau Pinang.

“Dakwaan pasangan itu menjalinkan hubungan cinta masih dalam siasatan dan kita akan keterangan serta pengesahan saksi lain,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan seorang wanita bertengkar dengan seorang lelaki sebelum kedua-duanya terjatuh di Jambatan Pulau Pinang di Kilometer 2.8 menghala Perai.

Tindakan berani seorang yang juga anggota tentera telah terjun ke laut bagi menyelamatkan mangsa sebelum mereka dibawa menaiki bot oleh nelayan yang kebetulan berada di lokasi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Majoriti

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas isteri kepada pempengaruh media sosial, View Chin, Shermine Ah Moi, tampil memberikan penjelasan berhubung isu tular yang melibatkan anak-anak mereka baru-baru ini. Menerusi...

Sosial

Pempengaruh media sosial, View Chin, meluahkan rasa terkilan dan kecewa dengan tindakan bekas isterinya, Shermine Ah Moi, yang didakwa sengaja menghalangnya daripada bertemu dengan...

Lokal

Dakwaan bahawa Hospital Bukit Mertajam akan dipindahkan untuk mengelak gangguan kuil adalah tidak benar dan berniat jahat, kata Ahli Lembaga Pelawat hospital itu. Ahli...

Dunia

Seorang wanita hamil di Bekasi, wilayah Jawa Barat mengundang perhatian ramai apabila dikatakan mengidam untuk didukung oleh pegawai polis beruniform. Wanita yang dikenali sebagai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd