Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Pegawai Imigresen Tinggal Kaunter Lama-Lama Pada Waktu Puncak – KDN

Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengakui berlaku situasi ketiadaan pegawai Jabatan Imigresen (JIM) di beberapa kaunter manual di pintu masuk negara di Tambak Johor terutama pada waktu puncak.

Foto: Hiasan

Menurut laporan Kosmo! Online, menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menjelaskan perkara tersebut didapati berlaku ketika pertukaran syif atau ketika kakitangan bertugas pergi ke tandas atau menunaikan solat.

“Sepatutnya lima hingga 10 minit, tetapi berlama-lama. Itu berlaku. Itu hal tadbir urus oleh pentadbiran yang kita ingatkan kepada pimpinan Imigresen untuk kurangkan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.

Foto: theSun

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau menjawab soalan yang dituju oleh  Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN-Besut) berkenaan ketiadaan kakitangan JIM di kaunter manual pada waktu puncak.

Saifuddin berkata, pihaknya telah mengambil beberapa langkah untuk mengatasi masalah tersebut termasuk melakukan penambahbaikan terhadap peralihan syif pada waktu puncak.

Menurutnya, urusan pelepasan dilakukan dengan cepat iaitu kurang 25 minit juga dilaksanakan dengan penggunaan teknologi infrared yang mengesan pergerakan.

Sumber: Kosmo! Online (Zulkifli Manzor)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Lokal

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor mengambil keterangan seorang suspek dan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seekor anjing peliharaan bernama Rocky di Klang...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd