Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pearly-Thinaah Catat Ranking No. 2 Dunia, Kedudukan Tertinggi Sejak 2009

Pasangan beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah sekali lagi mencipta sensasi dalam arena badminton dunia apabila melonjak ke ranking No. 2 dunia iaitu kedudukan tertinggi pernah dicapai beregu wanita Malaysia sejak tahun 2009.

Pearly-Thinaah catat ranking No.2

pearly-thinaah

Foto: Utusan Malaysia

Menurut laporan Utusan Malaysia, pencapaian ini menjadikan Pearly-Thinaah pasangan pertama memecah dominasi dunia selepas era kegemilangan Wong Pei Tty-Chin Eei Hui. Rentetan prestasi konsisten sejak tahun lalu membuktikan mereka kini menjadi kuasa besar dalam kategori beregu wanita.

Artikel lain: Setuju Tandatangani Kontrak Baharu BAM, Pearly-Thinaah Dapat RM1 Juta Seorang Setahun

Antara kejayaan besar yang melonjakkan nama mereka termasuk menjuarai Terbuka Perancis 2022, mara ke separuh akhir Sukan Olimpik Paris 2024 serta kejayaan terbaru menjuarai Terbuka Thailand 2025. Mereka turut layak ke empat separuh akhir Jelajah Dunia tahun ini termasuk di Terbuka Indonesia dan China.

Populariti dan prestasi hebat itu turut mendapat pengiktirafan apabila mereka menandatangani kontrak bernilai RM1 juta setahun bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM) selama empat tahun hingga Sukan Olimpik Los Angeles 2028 dan ia juga merupakan kontrak terbesar pernah diberikan kepada pemain wanita negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
pearly-thinaah

Foto: Utusan Malaysia

Namun, fokus utama Pearly-Thinaah kini tertumpu kepada misi memburu sejarah baharu: membawa pulang pingat pertama buat badminton wanita Malaysia di Kejohanan Dunia yang akan berlangsung di Paris, Perancis dari 25 Ogos hingga 1 September ini.

Sumber: Utusan Malaysia (Khairul Idham Mohamed Zaarai)

Ditulis oleh Fadhilah Amiruddin

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Ojen Aiwah meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa kehidupannya terus diganggu oleh jurulatih kecergasan, Tareq Fit sehingga memberi kesan kepada emosi serta...

Sosial

Seorang kanak-kanak lelaki berusia setahun tiga bulan, Muhammad Asyraf Rayyan yang menghidap penyakit lebihan cecair dalam kepala (hidrosefalus) sejak dilahirkan, menghembuskan nafas terakhir pada...

Sosial

Seorang wanita warga Indonesia tampil mendakwa menjadi mangsa kecuaian doktor perubatan selepas menjalani pembedahan di sebuah hospital swasta di Malaysia tanpa persetujuan bertulis, selain...

Lokal

Jakel Trading memberi tempoh tujuh hari kepada pengurusan Kuil Hindu KL iaitu Kuil Dewi Sri Pathrakaliamman untuk memindahkan struktur sedia ada dari sebidang tanah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd