Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

PDRM Terima Dua Laporan Berhubung Ucapan, Tindakan Akmal Saleh – KPN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan telah menerima dua laporan polis berkaitan dengan ucapan dan tindakan Ketua UMNO, Dr Muhammad Akmal Saleh berhubung isu stoking tertera kalimah Allah yang dijual di KK Mart sebelum ini.

Menurut satu kenyataan, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

Foto: Berita Harian

“Siasatan telah dijalankan ke atas beliau (Muhammad Akmal Saleh) dan kertas siasatan akan dirujuk ke Pejabat Peguam Negara setelah kesemua tindakan melengkapkan siasatan diambil,” katanya.

Beliau juga menasihatkan orang ramai agar tidak membangkitkan isu berkaitan stoking tertera kalimah Allah memandangkan mereka yang terlibat telah pun dituduh dan proses keadilan akan ditentukan mahkamah.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sementara itu, Dr Muhamad Akmal Saleh melalui satu hantaran di Facebook miliknya mengesahkan dia telah ditahan di Ibu Pejabat Daerah Kota Kinabalu.

“Saya telah ditahan di IPD kota kinabalu pagi ini walaupun telah dijadualkan utk memberi keterangan esok di IPD Dang Wangi.

Foto: FB Akmal Saleh

“InsyAllah saya akan berikan kerjasama sepenuhnya. Doakan semuanya dipermudahkan,” katanya.

Sebelum ini, Dr Muhamad Akmal melalui hantaran di akaun media sosialnya itu menegaskan Pemuda UMNO meneruskan kempen boikot KK Super Mart.

Beliau turut menggesa pihak pengurusan supaya memasang kain rentang di semua 881 cawangan kedai serbaneka itu di seluruh negara bagi memohon maaf.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pemuda India belanja anak yatim baju raya bagi mengembirakan mereka kerana pernah merasai hal sama hidup tanpa kehadiran bapa tersayang sewaktu kecil. TikToker...

Sosial

Ustaz Firdaus Firabib yang tidak asing lagi di Kedah telah menerima usul daripada Kariah Masjid Al-Busyra di Merbok apabila meminta agar elaun imam dipotong....

Nasional

Malaysia Aviation Group (MAG) hari ini mengumumkan tempahan sebanyak 30 pesawat Boeing 737 MAX yang mana ia menjadi satu langkah strategik yang disaksikan oleh...

Lokal

Sepasang suami isteri maut dalam kemalangan di Kampung Merbau Kudung, Jalan Teloi Timur, petang Selasa selepas dikatakan baru selesai ‘photoshoot’ atau merakamkan gambar kenangan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd