Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Pawang Kontroversi Diusir Dari Stadium, Gagal ‘Hentikan’ Hujan Sebaliknya Makin Lebat

Seorang pawang kontroversi, Rara Istiani Wulandari atau lebih dikenali sebagai Mbak Rara diusir dari Acheh selepas melakukan ritual ‘mengusir’ hujan di Stadiun Harapan Bangsa, Aceh-Sumatera Utara, Indonesia pada Selasa.

Menurut satu laporan Kompas.com, wakil Pejabat Gabenor Aceh, Safrizal berkata, tindakan itu dibuat selepas menyifatkan aktiviti yang dilakukan wanita berkenaan adalah tidak bersesuaian dengan syariat Islam.

Foto: TribunNews

“Aceh adalah daerah yang sangat menjaga nilai-nilai keislaman. Setiap kegiatan yang bertentangan dengan nilai-nilai tersebut harus dihentikan,” katanya.

Safrizal berkata, upacara ritual tersebut bertentangan dengan syariat dan budaya masyarakat tempatan sekali gus meminta pihak yang bertanggungjawab untuk tampil dan membuat permohonan maaf secara terbuka.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mereka segera diminta untuk menyampaikan permohonan maaf kepada masyarakat awam,” ujarnya.

Foto: Kompas.com

Sementara itu, wakil syarikat yang bertanggungjawab, Firmansyah dan Aditia memaklumkan inisiatif memanggil Mbak Rara itu bertujuan supaya cuaca dalam keadaan baik.

“Ia merupakan inisiatif untuk menghentikan hujan agar tidak mengganggu kerja-kerja di stadium,” jelasnya.

Namun begitu, mereka juga mengakui tindakan itu dibuat tanpa mempertimbangkan sensitiviti masyarakat Aceh yang sangat mementingkan aspek syariat Islam.

Susulan itu, satu permohonan maaf secara terbuka dibuat oleh pihak berkenaan dan menghantar pulang semula Mbak Rara, sehari selepas ritual berkenaan diadakan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Google

Upacara itu dipercayai dijalankan di Banda Aceh ketika langit sedang mendung dan membawa petanda akan turunnya hujan pada petang 27 Ogos lalu.

Bagaimanapun, usaha bomoh tersebut tidak membuahkan hasil, malah hujan lebat dan deras disertai dengan angin kencang sebaik sahaja dia selesai melakukan ritual terbabit.

Untuk makluman, Aceh dan Sumatera Utara akan menjadi tuan rumah pada penganjuran Pekan Olahraga Nasional (PON) XXI, dimana Banda Aceh menjadi lokasi pembukaan yang dijadualkan berlangsung pada 9 September nanti.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Kompas.com

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Berita pertunangan Chazynash menarik perhatian ramai semalam apabila beliau berkongsi momen penting itu di media sosial. Majlis berlangsung di sebuah restoran, dengan kapsyen penuh...

Lokal

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menggeledah pejabat Tentera Darat di Kementerian Pertahanan (MINDEF) serta kediaman rasmi seorang pegawai kanan Tentera Darat, kelmarin, dalam siasatan...

Lokal

Seorang juruukur berusia 23 tahun didakwa membunuh ibu kandung serta adik perempuan angkatnya di sebuah rumah di Teluk Air Tawar, Butterworth, pada 10 Disember...

Lokal

Seorangbekas menteri memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan menerima wang rasuah kira-kira RM5 juta serta sebuah kereta mewah jenis Lamborghini....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd