Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Paus Francis Meninggal Dunia Pada Usia 88 Tahun

Pemimpin Gereja Katolik Rom Paus Francis meninggal dunia pada umur 88 tahun pada jam 7.35 pagi waktu tempatan.

Paus Francis meninggal dunia

Paus Francis Meninggal Dunia

Menurut kenyataan rasmi daripada Vatican, Paus disahkan meninggal akibat masalah kesihatan berkaitan radang paru-paru.

Kematian beliau diumumkan oleh Kardinal Kevin Farrell dalam satu siaran video rasmi Vatican.

“Dengan penuh dukacita, saya mengumumkan bahawa Paus Francis telah meninggal dunia pada jam 7.35 pagi (Isnin),” kata Farell

Paus Francis atau nama lengkapnya Jorge Mario Bergoglio, dilantik sebagai Paus pada 13 Mac 2013 dan beliau dikenali sebagai pemimpin yang sederhana dan keprihatinannya terhadap golongan miskin.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, keadaan kesihatan Paus Francis dilaporkan semakin kritikal selepas mengalami beberapa komplikasi kesihatan iaitu pneumonia. Beliau dimasukkan ke hospital Gemelli, Rom pada 14 Februari selepas mengalami masalah pernafasan.

Paus Francis Meninggal Dunia

Artikel lain: Bekas Paderi Terkenal Australia Peluk Islam Selepas 45 Tahun Berkhidmat Di Gereja

Pada September 2024, Paus Francis telah mengadakan lawatan ke empat negara di rantau Asia Pasifik, termasuk Singapura, yang merupakan lawatan paling lama sepanjang tempoh perkhidmatannya.

Untuk info, sehingga Februari 2025, beliau telah melantik hampir 80 peratus daripada kardinal pengundi yang akan menentukan Paus baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: VATICAN NEWS

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd