Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Patutlah Berjaya! Elon Musk Hanya Cuti 2 Hari Dalam Setahun

Manusia terkaya dunia, Elon Musk yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Twitter sememangnya seorang yang produktif.

Ini jelas dapat dilihat apabila Musk hanya mengambil cuti tahunan antara dua hingga tiga hari sahaja seperti mana dilaporkan oleh MailOnline semalam.

Ia secara tidak langsung jelas menunjukkan Musk bekerja tujuh hari.

Disebabkan itu, Musk mendedahkan dirinya pernah mengalami sakit kepala akibat waktu tidur yang tidak mencukupi.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Saya pernah cuba tidur kurang daripada enam jam. Meskipun saya berjaga lebih lama, tidak banyak pekerjaan yang boleh dilakukan. Saya juga mengalami sakit kepala jika kurang tidur,”ujarnya.

Dalam satu temu bual bersama stesen penyiaran CNBC, Musk turut mengkritik sistem bekerja dari rumah (work from home) yang disifatkan tidak adil.

“Ia amat teruk apabila memikirkan bahawa golongan ini perlu pergi ke tempat kerja, sedangkan anda (pekerja pejabat) tidak.
“Ini tiada kaitan dengan produktiviti, sebaliknya salah dari segi moral,”jelasnya.

Sebelum ini, Musk yang juga CEO Tesla dan SpaceX mengedarkan satu kiriman e-mel kepada kakitangannya supaya hadir ke pejabat selama lebih 40 jam dalam seminggu.

Sekiranya para pekerjanya enggan berbuat demikian, maka adalah wajar jika mereka meletakkan jawatan.

Bercakap kepada stesen penyiaran CNBC, Musk yang juga CEO Tesla dan SpaceX memberitahu bahawa beliau tidur enam jam setiap hari dan bekerja tujuh hari seminggu.

Sumber: Mail Online

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd