Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pasukan MALBATT 850-12 Sedia Laksana Misi Pengaman Di Selatan Lubnan

Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) 850-12 dengan kekuatan 854 anggota sedia melaksanakan misi pengaman di selatan Lubnan selepas menjalani latihan selama tiga bulan.

Kumpulan pertama itu terdiri daripada 82 pegawai dan 772 anggota Lain-lain Pangkat (LLP) termasuk tiga pegawai dan 27 anggota dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB), serta seorang Pegawai Kewangan Awam dari Kementerian Pertahanan (MINDEF).

MALBATT 850-12 sedia laksana misi pengaman di Selatan Lubnan

MALBATT 850-12 Laksana Misi Pengaman di Lubnan

Komander MALBATT 850-12, Kolonel Johan Effendi Mohd Shalleh berkata, pasukannya telah menjalani Latihan Satu Perkhidmatan selama sebulan selain latihan integrasi atau Force Integration Training (FIT) selama dua bulan di bawah seliaan Markas Angkatan Bersama di MALBATT Village, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Beliau berkata, sebagai Komander MALBATT 850-12, beliau sentiasa menekankan anggotanya untuk memperbetulkan niat dalam menyertai misi berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Setiap kali kami melaksanakan perbarisan, saya tekankan tentang perbetulkan niat dan juga perkuatkan mental dan fizikal. Jadi, kami sebagai anggota memang sudah bersedia.
“Anggota tiada masalah dari segi psikologi, mental dan juga moral. Berdasarkan ujian yang dilaksanakan oleh elemen perubatan, semua anggota MALBATT 850-12 tidak ada masalah untuk diatur gerakkan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-12 di 16 Skuadron, Pangkalan Udara Subang di Shah Alam pada Rabu.

Majlis Penghantaran Kumpulan Pertama MALBATT 850-12 itu telah disempurnakan oleh Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.

Turut berlangsung adalah Upacara Pemakaian Beret Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Kontinejen MALBATT 850-12 UNIFIL dan Majlis Penyerahan Bendera Malaysia kepada komander pasukan tersebut.

Dalam pada itu, beliau berkata sepanjang latihan selama dua bulan di bawah Markas Angkatan Bersama serta seliaan Pusat Pengaman Malaysia (PPM), MALBATT 850-12 sememangnya memfokuskan kepada mandat UNIFIL.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Latihan dua bulan yang dilaksanakan di bawah Markas Angkatan Bersama dan seliaan PPM, kami memang memfokuskan latihan dan mandat UNIFIL.
“Kami menerima apa sahaja pengarahan yang telah diberikan oleh UNIFIL untuk melaksanakan tugas di Lubnan,” ujarnya.

Sebagai info, atur gerak kontinjen MALBATT 850-12 akan dilaksanakan secara berperingkat dengan kumpulan pertama seramai 220 pegawai dan anggota LLP.

Pergerakan penerbangan menggunakan pesawat Batik Air itu melibatkan penghantaran kontinjen MALBATT 850-12 dan membawa pulang kontinjen MALBATT 850-11 yang telah berkhidmat di Lubnan selama 12 bulan.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

DSAT Group bakal mengambil tindakan undang-undang saman terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mohammad Sanusi Md Nor. Menerusi satu hantaran di Facebook Pengerusi Eksekutif...

Nasional

Berhubung cadangan bagi menghentikan pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bagi kursus universiti yang mencatatkan kadar bayaran balik pinjaman kurang 30 peratus, pihak...

Lokal

Tular di media sosial luahan seorang kakitangan badan penyiaran milik kerajaan, RTM yang mendakwa dirinya bersama beberapa rakan sekerja lain sudah beberapa bulan tidak...

Spotlight

Kumpulan K-Pop terkenal, 2NE1 telah berjaya terbang ke Manila, Filipina, pada Sabtu dan Ahad lalu bagi konsert jelajah Asia yang mendapat sambutan luar biasa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd