Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pastor Didakwa Bunuh, Simpan Mayat Ibu Dalam Peti Sejuk Beku

Pastor sambilan didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Selasa atas pertuduhan bunuh ibu sebelum menyimpan mangsa di dalam peti sejuk beku sejak tiga tahun lepas.

N Deanesh, 53, didakwa dengan sengaja menyebabkan kematian ibunya, Catherine Daniel, 77, di sebuah rumah di Taman OUG Brickfields antara 21 Mac hingga 26 Mac 2021.

Pastor didakwa bunuh & simpan mayat ibu dalam peti sejuk beku

Foto: Harian Metro

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara antara 30 hingga 40 tahun dan sebat tidak kurang 12 kali jika disabitkan kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes bunuh berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

“Faham” kata tertuduh yang berada di atas kerusi roda ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Atiqah Mohamed@Mohamad Saim.

Dalam pada itu, Mahkhamah menetapkan 7 Februari ini untuk sebutan smeula kes sementara menunggu laporan bedah siasat, perubatan dan padanan ujian asid deoksiribonukliek (DNA).

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurainizatul Farhana Zainal manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pastor Didakwa Bunuh Ibu

Foto: Berita RTM

Terdahulu, media melaporkan seorang lelaki berusia 50 tahun dipercayai membunuh ibunya dan menyimpan mayat wanita itu dalam peti sejuk beku di rumah di Taman OUG, Kuala Lumpur.

Perbuatan suspek terbongkar selepas kediamannya diperiksa pasukan polis yang menerima panggilan daripada lelaki itu kira-kira 9 pagi pada 12 November lalu.

Sumber: Harian Metro (Suraya Roslan)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd