Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pasangan Kekasih Bertengkar Hingga Terjatuh Dari Jambatan Pulau Pinang

Sepasang kekasih dipercayai bertengkar sehingga mengakibatkan kedua-duanya terjatuh dari Jambatan Pulau Pinang, kira-kira pada jam 7 petang.

Menurut laporan Utusan Online, kejadian tersebut berlaku di Kilometer 2.8 Jambatan Pulau Pinang menghala ke Perai yang mana pasangan terbabit dikatakan bertengkar sebelum dilihat terjatuh ke laut.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pukul 7.49 petang tadi dan operasi menyelamat melibatkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Perai.

Menurutnya, dua mangsa iaitu lelaki dan wanita tempatan masing-masing berusia 30-an sebelum itu menaiki sebuah kereta Honda Civic berwarna putih.

Advertisement. Scroll to continue reading.

jambatan pulau pinang

“Dimaklumkan berlaku pertelingkahan antara mereka di kawasan hentian atas jambatan. Kedua-dua mangsa telah terjatuh ke dalam laut,”ujarnya.

Bagaimanapun, kedua-dua selamat apabila seorang lelaki yang juga orang awam bertindak terjun selain bot nelayan yang kebetulan berada di lokasi mangsa terjatuh.

“Kedua-dua mangsa telah diselamatkan oleh orang awam (lelaki terbabit) yang terjun itu. Lelaki berkenaan telah membawa mangsa untuk naik ke atas bot nelayan yang lalu dibawa ke Jeti Batu Uban,”maklumnya lagi.

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid06bKGU8SeS5gxMwdLZQXWVRn8t3nM7EGujqZojU9gDuiDawDsrHa1KbZYH5p4bmR2l&id=100075432006967

kedua-dua mangsa kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pukul 8.35 malam.

Sumber: Utusan Online, FB Ary Aery 

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd