Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PAS Kekal Relavan Jika Presiden, Timbalan Presiden Di Kalangan Ulama – Mokhtar Senik

PAS relevan jika pemimpin di kalangan ulama

Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Mokhtar Senik mengemukakan pendapat bahawa pari tersebut hanya akan kekal relevan sebagai parti politik Islam jika ditadbir oleh Presiden dan Timbalan Presiden yang merupakan golongan ulama.

PAS relevan jika pemimpin di kalangan ulama

PAS relevan jika pemimpin di kalangan ulama

Foto: Free Malaysia Today

Beliau berkata, perkara ini sinonim dengan misi perjuangan parti untuk memartabatkan Islam jadi amatlah mustahil sekiranya pemimpin yang diilih tidak mampu menguasai ilmu tersebut.

“Kalau PAS nak kekal relevan sebagai parti Islam, kita perlu kekalkan Presiden dan Timbalan Presiden adalah dikalangan ulama.
“Hal ini kerana roh PAS itu adalah Islam. Mana mungkin orang yang tidak dapat menguasai ilmu Islam boleh meniupkan nafas Islam dalam jasad parti ini.
“Kita tak perlu jadi mcm Parti Tindakan Demokratik (DAP) untuk jadi parti sekular. Tak perlu jadi Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) atau Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk berubah wajah jadi parti Sekular.
“Tapi cukup dengan dipimpin oleh pemimpin yang tidak mendalami ilmu Islam. Lama kelamaan jadi sekular lah.
“Jangan pandang remeh dengan dua posisi penting kepimpinan itu kalau anda ahli yang masih sayangkan PAS yang asal,” kata Mokhtar di laman Facebook, hari ini.
PAS relevan jika pemimpin di kalangan ulama

Foto: Sinar Harian

Susulan daripada itu, Mokhtar menegaskan dua jawatan ini perlu diisi oleh mereka yang benar-benar layak jika mahu melihat parti ini terus menegakkan syiar Islam yang menjadi tujuan asal parti itu ditubuhkan.

“Walaupun menurut demokrasi dan keterbukaan PAS kedua-dua jawatan ini boleh dan sah dipertandingkan. Namun janganlah kerana demokrasi jahanam parti ini. Memanglah perlu bersifat terbuka tapi janganlah sampai koyak rabak,” ujarnya.

Artikel lain: Nampak Uzur, Abdul Hadi Bukan Kena Berjoget Kalau Jadi PM – Ulama Kanan PAS

Terdahulu, wujud desakan oleh sesetengah pihak agar dua jawatan tertinggi itu dipertandingkan pada pemilihan parti akan datang yang dijangkakan berlangsung pada hujung tahun ini.

Untuk rekod, dua jawatan tersebut kini disandang oleh Presidennya, Tan Sri Abdul Hadi Awang manakala Timbalan Presidennya pula Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Mokhtar Senik

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika menyertai aktiviti pendakian di Gunung Batu Putih pada Ahad dipercayai tersasar daripada laluan asal ketika turun...

Dunia

Pengasas Seven-Eleven Japan yang dikenali sebagai tokoh penting dalam industri kedai serbaneka Jepun, Toshifumi Suzuki, meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada 18 Mei lalu...

Lokal

Kegiatan tidak bermoral melibatkan pesta gay dan parti dadah yang dipercayai berlangsung di sebuah hotel mewah sekitar ibu negara terbongkar selepas polis menahan seramai...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd