Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

PAS Dakwa Pakaian Jururawat Wanita Ketat, Tidak Patuh Syariah

Seorang ahli parlimen Perikatan Nasional Wan Razali Wan Nor (PN-Kuantan) mempersoalkan etika pemakaian jururawat wanita di klinik dan hospital kerajaan yang didakwa ketat dan tidak patuhi syariah.

Menurut laporan Buletin TV3, Razali menggesa agar Kementerian Kesihatan (KKM) membuat telitian semula mengenai perkara terbabit termasuklah memberi kelonggaran kepada klinik atau hospital untuk menentukan sendiri etika pemakaian uniform yang bersesuaian.

Ujarnya, kebanyakkan jururawat di hospital atau klinik memakai uniform terlalu ketat sehingga menampakkan tubuh badan yang dianggap seperti mengikut gaya barat.

“Kebanyakan jururawat wanita berpakaian ketat dan menampakkan bentuk badan, di mana ia tidak patuh syariah.
“Adakah kita masih berterusan mahu mengikut acuan Barat dalam etika pemakaian ini? Apakah ia tidak boleh diubah dan diberi kelonggaran?” katanya.

Sementara itu, dia memuji dua hospital di Kelantan dan Pahang yang memberi kelonggaran kepada pekerja wanita dengan memberi pilihan mengenakan pemakaian yang bersesuaian.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Contohnya Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian, Kelantan dan Pusat Perubatan Sultan Ahmad Shah di Kuantan, Pahang.
“Tahniah diucapkan kepada kedua-dua hospital yang memberi pilihan etika pakaian lebih baik kepada pekerja,” ujarnya.

Sumber: Buletin TV3 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Bisnes

Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (Takaful Malaysia) mencatat prestasi berdaya tahan bagi tempoh kumulatif suku kedua tahun kewangan 2026 (S2 TK2026), dengan hasil takaful...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd