Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Park Seo Joon & Doyoung Salur RM340,000 Bantu Mangsa Gempa Bumi Turkiye

Umum sedia maklum mengenai tragedi gempa bumi yang melanda di Turkiye dan Syria pada 6 Februari lalu sehinggakan berjaya menarik perhatian ramai selebriti Korea Selatan untuk menghulurkan bantuan.

Malah, sebelum ini juga pengacara Jang Sung Kyu telah menghulurkan sumbangan berbentuk wang berjumlah 23 juta Korean Won (RM78,590) untuk mangsa gempa bumi pada 8 Februari lalu.

Bukan itu sahaja, penyanyi Im Siwan dan ahli kumpulan Winner pula turut terlibat dalam memberikan bantuan sebanyak 10 juta won (RM34,170) kepada Persatuan Bantuan Bencana Hope Bridge Korea yang bertanggungjawab dalam menghantar bekalan bantuan kecemasan dan ubat-ubatan kepada lokasi yang terjejas.

Difahamkan juga, dua pelakon wanita terkenal Korea Selatan,  Yoo In Na menderma 30 juta won (RM 102,508) dan Shin Min Ah menderma 50 juta won (RM170,847).

Advertisement. Scroll to continue reading.

Selain Yoo In Na dan Shin Min Ah, terdapat selebriti yang lain telah menyalurkan bantuan seperti Park Seo Jeon dan ahli kumpulan NCT iaitu Doyoung turut mendermakan wang sumbangan 100 juta won.

Malah, bantuan sebanyak 100 juta won itu meliputi tempat perlindungan sementara untuk mangsa gempa bumi, kit makanan, khemah, selimut dan banyak lagi.

Terdahulu, gempa bumi telah melanda di selatan Turkiye pada awal pagi Isnin, diikuti oleh satu lagi gegaran kuat berukuran 6.7 skala magnitud yang dimaklumkan oleh Pusat Kajian Geologi AS (USGS).

Sehingga kini, jumlah mangsa yang terkorban susulan gempa bumi yang paling dahsyat ini adalah lebih 22,000 orang.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: mStar 

Nur Ain
Ditulis oleh Nur Ain

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Personaliti media sosial, Nurin Lofa mengejutkan ramai apabila memuat naik rakaman video luahan hatinya di platform TikTok mendakwa dicurangi oleh suami Fadrul Anuar. Pempengaruh...

Lokal

Yang Dipertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP), Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid, enggan ulas dakwaan yang dilemparkan terhadapnya, sebaliknya menekankan kesediaannya untuk...

Lokal

6 Rangka Manusia Ditemui Dalam Rumah Terbakar? Polis menemukan rangka enam individu termasuk empat kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa pembunuhan di sebuah rumah yang...

Lokal

Seorang eksekutif operasi bank ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman dalam kejadian di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara, di sini pada Isnin....

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd