Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Park Seo Joon Bintangi Filem ‘The Marvels’, Bakal Ditayang Pada Julai 2023

Sebelum ini, Pelakon terkenal Korea Selatan, Park Seo Joon, 34, yang telah disahkan akan membintangi sebuah filem bertaraf Hollywood terbitan Marvel Studios ternyata membanggakan orang ramai terutamnya dalam kalangan peminat mereka.

Difahamkan, perkara itu didedahkan oleh Syarikat pengurusannya, Awesome ENT apabila Seo Joon dilihat berada di Lapangan Terbang Antarabangsa Incheon, Korea Selatan dipercayai menuju ke Los Angeles, (LA), California.

Namun begitu, apa yang lebih mengujakan adalah tidak lama lagi, filem “The Marvels” iaitu sekuel kepada “Captain Marvels” bakal melakukan tayangannya pada Julai 2023 yang akan menampilkan Park Seo Joon.

Sekadar info, selain Park Seo Joon, pelakon terkenal yang turut membintangi filem tersebut adalah Brie Larson, Iman Vellani, Teyonah Parris dan Samuel L. Jackson, dengan tambahan baharu Park Seo-joon sebagai Noh-Varr, aka Marvel Boy.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Berita gembira ini secara tidak langsung membuatkan para peminat tidak sabar untuk menantikan kemunculan sulung pelakon itu di pentas Hollywood dan ia sememangnya satu pencapaian yang baik buat Park Seo Joon.

Sumber: Kimchi Daily 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Lokal

Polis Kelantan melaksanakan pelan strategi baharu bagi memperkukuh usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah di negeri itu, termasuk menetapkan sasaran setiap ketua balai perlu...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd