Connect with us

Hi, what are you looking for?

Filem

Papar Bayangan Seksaan, Filem Siksa Neraka Disekat Masuk Pawagam Malaysia & Brunei

Filem seram Siksa Neraka diharamkan memasuki pasaran panggung wayang di Malaysia dan Brunei, lapor pengedar filem Antenna Entertainments, hari ini.

Makluman mengenai pengharaman filem berkenaan ditayangkan di Malaysia dan Brunei dibuat menerusi sebuah hantaran di media sosial rasmi Annetanna Entertainments.

“Kepada mereka yang menanti, filem Siksa Neraka diharamkan memasuki pasaran Malaysia dan Brunei,”tulisnya ringkas di aplikasi X.

Di Indonesia, filem Siksa Neraka sedang hangat diperkatakan dan memberikan impak besar kepada penonton sehinggakan pernah tular sebelum ini seorang transgender yang dilihat gelisah seusai menonton filem tersebut.

Malah, pempengaruh transgender terkenal Indonesia, Lucinta Luna turut mengakui terkesan sebaik sahaja menonton filem berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Lucinta Dah Insaf, Mahu Kembali Ke Fitrah Asal Selepas Tonton ‘Siksa Neraka’

filem Siksa Neraka

Untuk pengetahuan, filem adaptasi dari sebuah komik terkenal berjudul Siksa Neraka berkenaan telah ditayangkan di pawagam Indonesia sejak 14 Disember 2023.

Filem ini dibawah sentuhan pengarah Anggi Umbara dengan naskah yang ditulis oleh Lele Laila, serta dibintangi barisan Safira Ratu Sofya, Kiesha Alvaro, dan Ariyo Wahab.

Filem seram dari Indonesia ini menggambarkan seksaan yang dihadapi atas dosa yang dilakukan di alam neraka.

Advertisement. Scroll to continue reading.

filem Siksa Neraka

Pelbagai reaksi dalam kalangan warganet Malaysia dan Brunei diterima setelah makluman mengenai pengharaman filem berkenaan diumumkan.

Sumber: X @ANTENNAETS

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd