Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Panel Kaca Pusat Beli-Belah Tercabut, Remaja Jatuh Dari Tingkat Empat

Seorang remaja perempuan dilaporkan maut selepas terjatuh dari tingkat empat di pusat membeli-belah MixC di bandar Jining, wilayah Shandong, China, 16 November lalu.

Foto: The Straits Times

Memetik laporan The Straits Times, kejadian berlaku kira-kira pukul 8.30 malam apabila mangsa yang dipercayai berusia 14 tahun sedang bersandar pada panel kaca berhampiran eskalator sebelum panel tersebut tiba-tiba pecah, menyebabkan mangsa hilang keseimbangan dan terjatuh.

Foto: AsiaOne

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rakaman video kejadian menunjukkan mangsa cuba berpegang pada pemegang eskalator yang bergerak ke bawah, namun gagal dan terjatuh dalam tempoh dua saat.

Seorang saksi memberitahu stesen televisyen New Tang Dynasty bahawa dia sedang melihat emas di sebuah kedai di tingkat satu apabila dia mendengar dentuman sebelum ambulans mengambil masa lebih 10 minit untuk tiba di lokasi kejadian disebabkan kesesakan lalu lintas.

Foto: AsiaOne

Pihak berkuasa telah mengesahkan kematian mangsa pada 17 November dan siasatan masih dijalankan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Kejadian ini berlaku hanya 10 hari selepas pusat membeli-belah tersebut dibuka pada 2 November, walaupun pemeriksaan keselamatan telah dijalankan dan pusat membeli-belah tersebut kini telah beroperasi semula.

Sumber: The Straits Times

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd