Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Panas Terik Di Thailand, 30 Dilapor Maut Akibat Strok Haba

Thailand telah mengeluarkan amaran cuaca panas terik dengan gelombang haba melampau sehingga mencatatkan sekurang-kurangnya 30 kematian dilaporkan akibat strok haba di negara tersebut pada Khamis lalu.

Menerusi satu laporan Harian Metro, Jabatan Alam Sekitar Pihak Berkuasa Bandaraya Bangkok berkata, indeks haba dijangka akan meningkat melebihi 52 darjah Celsius dan dikelaskan sebagai ‘amat berbahaya’ kepada penduduk di negara itu.

Foto: CNA

“Suhu di ibu kota Thailand mencecah 40.1 Celsius pada Rabu.
“Amaran: Indeks haba hari ini ‘amat berbahaya’. Sila hindari aktiviti di luar rumah,” katanya.

Sementara itu, Kementerian Kesihatan Thailand pula mengesahkan bahawa sekurang-kurangnya 30 orang dilaporkan maut akibat strok haba yang melanda negara itu dalam tempoh 1 Januari hingga 17 April tahun ini, berbanding 37 kematian sepanjang tahun 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: CNA

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Kawalan Penyakit Thailand Direk Khampaen turut memberitahu bahawa pegawai-pegawai kesihatan telah mengeluarkan arahan menggesa orang ramai supaya tidak keluar rumah pada Rabu.

“Ia bagi memastikan keselamatan mereka susulan keadaan suhu semakin meningkat, selain turut menasihatkan penduduk minum air dengan kerap,” ujarnya.

Selain itu, Pihak berkuasa di wilayah Udon Thani juga turut mengeluarkan amaran mengenai suhu yang sangat panas di sekitar kawasan wilayah itu pada Khamis lalu.

Foto: CNA

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, Thailand dan negara lain di Asia Tenggara mencatatkan suhu terpanas terutama bulan April pada setiap tahun, tetapi tahun ini  ia diburukkan lagi dengan fenomena El Nino.

Sumber: Harian Metro

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Tular di media sosial satu insiden melibatkan seorang kanak-kanak perempuan bertongkat yang dilihat berdiri di dalam tren Rapid KL tanpa dipelawa duduk oleh penumpang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd