Connect with us

Hi, what are you looking for?

Bisnes

Paling Laris! Switch Dedah iPhone 15 Pro Max Sudah Habis Ditempah

Umum sedia maklum, syarikat gergasi Apple sudah melancarkan model terbaharu mereka dan orang ramai boleh membuat tempahan iPhone 15 secara dalam talian dan juga pengedar rasmi di Malaysia.

Bagaimanapun, menerusi laman web rasmi Switch, model termahal iaitu iPhone 15 Pro Max sudah habis ditempah oleh orang ramai dalam tempoh yang pantas.

Apa yang lebih mengejutkan, kesemua warna dan storan yang ditawarkan untuk pilihan Pro Max turut kehabisan stok dan untuk pengetahuan umum, harga  iPhone 15 Pro Max dengan pilihan storan 1TB kini dijual pada harga mencecah RM8,499 yang secara tidak langsung menjadikan keluaran paling mahal setakat ini.

Sekadar info, iPhone 15 telah menawarkan beberapa ciri yang menarik seperti penggunaan USB-C, binaan titanium aloi, cip A17 Pro dan penaik tarafan lensa optikal zum yang telah berjaya menarik minat orang ramai.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Switch 

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd