Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pakar Forensik Dedah Kematian Zara Qairina Tidak Mungkin Akibat Jatuh Atau Ditolak

Kematian tragik Allahyarham Zara Qairina Mahathir terus mengundang persoalan, apabila seorang pakar forensik tampil memberikan pandangan profesional yang menolak kemungkinan arwah terjatuh secara tidak sengaja mahupun ditolak di lokasi kejadian.

Pakar forensik beri penjelasan

Memetik laporan daripada NSTP, Pakar Patologi Forensik dari Hospital Queen Elizabeth, Dr Jessie Hiu, menyatakan bahawa kecederaan yang dialami oleh mendiang tidak konsisten dengan insiden terjatuh secara biasa ataupun akibat ditolak dari posisi berdiri.

“Saya sudah meneliti rekod perubatannya, termasuk radiograf, laporan imbasan CT dan CTA, serta menjalankan pemeriksaan di lokasi kejadian,” ujar beliau ketika membacakan kenyataan bertulis saksi setebal lima muka surat di hadapan Koroner Amir Shah Amir Hassan pada 2 Ogos lalu.

Pakar Forensik

Pakar forensik jelaskan hasil pemeriksaan

Hasil pemeriksaan di lokasi menunjukkan bahawa rel besi melintang yang dipasang pada tembok konkrit di tingkat tiga asrama berada pada ketinggian 118 sentimeter, manakala ketinggian antemortem Zara ialah 154 sentimeter.

“Perbezaan antara ketinggian si mati dengan rel besi melintang paling atas ialah 36 cm.
Ketinggian rel besi itu adalah lebih daripada tiga perempat ketinggian si mati dan berkemungkinan berada di atas pusat gravitinya,” katanya.

Kredit foto: NSTP

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut Dr Hiu lagi, pusat graviti bagi wanita secara purata terletak di kawasan pelvis, iaitu di bawah pusat ketika berdiri.

Maka secara logik, adalah tidak mudah untuk seseorang terjatuh melepasi rel tersebut secara tidak sengaja, apatah lagi ditolak dari kedudukan biasa.

Walaupun secara fizikalnya Zara berkemungkinan boleh memanjat tembok konkrit dan berdiri di atasnya, namun berdasarkan analisis forensik, corak kecederaan yang dialami tidak selari dengan kemalangan biasa.

“Berdasarkan ukuran ketinggian dan lebar tembok konkrit, ketinggian rel besi, serta ketinggian antemortem si mati, adalah berkemungkinan untuknya memanjat tembok konkrit itu, menyeberangi rel besi dan berdiri di atas tembok konkrit tersebut,” jelasnya.

Artikel lain: Inkues Zara Qairina: Bapa Kandung Dibenar Jadi Pihak Berkepentingan Dalam Prosiding

Difahamkan Dr Jessie Hiu, telah berkhidmat dalam bidang forensik sejak tahun 1998.

Beliau juga telah mengendalikan sekitar 100 hingga 150 bedah siasat setahun, selain menjadi saksi pakar secara purata 10 hingga 15 kali setahun di Mahkamah Majistret, Sesyen dan Tinggi di Sabah serta Labuan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: NSTP

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Bapa kepada pelajar lelaki berusia 15 tahun yang menjadi mangsa kejadian tikaman di sebuah sekolah menengah di sini pagi tadi menyifatkan insiden itu sebagai...

Sukan

Cristiano Ronaldo mengesahkan bahawa Piala Dunia 2026 akan menjadi penampilan terakhirnya di pentas paling berprestij bola sepak dunia itu, ketika kapten Portugal itu bersiap...

Sosial

Bahang terik mentari tidak menghalang seorang warga emas berusia 86 tahun sanggup mengayuh beca sejauh hampir satu kilometer semata-mata untuk menunaikan hajat isterinya bertemu...

Sukan

Bintang Portugal, Cristiano Ronaldo, mengesahkan edisi Piala Dunia kali ini merupakan penampilan terakhirnya di pentas bola sepak paling berprestij dunia selepas Portugal tersingkir di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd