Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Pakaian Songsang, Tiada Toleransi Bagi Acara Tidak Senonoh Di Johor – TMJ

Negeri Johor tidak akan bertolak ansur dengan acara tidak senonoh serta lucah seperti yang tular yang melibatkan program Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 di Bandar Penawar, Kota Tinggi baru-baru ini.

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkata, tindakan sudah diambil dengan tegas mengenai isu Larian Antarabangsa Pan Asia 2024 terhadap pihak yang terlibat.

“Tindakan sudah diambil dan pelakunya sudah ditahan. Tiada toleransi di Johor,” titah baginda melalui aplikasi X HRH Crown Prince of Johor pada Ahad.

Foto: Instagram Tunku Ismail

Program larian didakwa disertai pelancong asing berpakaian kurang sopan dan mempromosi budaya songsang lesbian, gay, biseksual serta transgender (LGBT) bukan anjuran kerajaan negeri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sehubungan itu, memetik laporan Harian Metro, pihak pengurusan Lotus Desaru Beach Resort & Spa turut memaklumkan pembabitan pihak Lotus Desaru dalam acara Pan-Asian Hash 2024 yang diadakan di resort itu terhad kepada penyediaan penginapan dan perkhidmatan makanan untuk peserta.

Menurut Lotus Desaru, program dianjurkan kumpulan Pan-Asian Hash itu untuk memupuk pembabitan komuniti dan meraikan semangat persahabatan antarabangsa.

Semua aktiviti dan program lain diuruskan sepenuhnya oleh kumpulan Pan- Asian Hash. Pihak hotel tidak terbabit langsung dalam hal perancangan atau pelaksanaan sebarang aktiviti yang tidak berkaitan dengan hospitaliti.

Foto: Facebook Mohd Latif Bin Talib

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lotus Desaru turut menyatakan bahawa pihak hospitaliti mereka berkomitmen untuk memupuk hubungan positif dengan komuniti tempatan dan akan memastikan bahawa acara-acara yang akan datang dilaksanakan dengan lebih berhati-hati dengan sensitiviti yang tinggi dan ada kesedaran.

Terdahulu, tular beberapa buah foto dan video berdurasi tujuh saat dalam satu Facebook berkenaan program larian antarabangsa itu.

Foto: Facebook Mohd Latif Bin Talib

Foto dan video itu mempamerkan sekumpulan penari wanita membuat persembahan dengan pakaian mencolok mata, selain terdapat juga peserta yang mengenakan pakaian seperti menyokong agenda LGBT.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: X @HRHJohorII

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang penumpang berkongsi detik cemas yang dialami ketika pesawat dinaikinya mengalami kecemasan semasa penerbangan, sebelum berjaya mendarat dengan selamat di Lapangan Terbang Bintulu, pagi...

Lokal

Ibu kepada pendaki Allahyarham Mustaqqeem Mansor, Rohani Saad, 64, meluahkan rasa terkilan selepas anak sulungnya meninggal dunia akibat kesejukan melampau sebelum mayatnya ditemui di...

Lokal

Pendaki, Allahyarham Mustaqqeem Mansoor, 34, yang ditemui meninggal dunia di puncak Gunung Liang di Muallim, Tanjong Malim, semalam ditemukan berseorangan dalam keadaan seakan tidur...

Lokal

Kes pembunuhan 2 beranak di Kampung Sekolah Juru, Pulau Pinang terus menjadi tumpuan apabila suami kepada mangsa kini direman selama tujuh hari bagi membantu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd