Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Pakaian Diperkenalkan Tidak Digunakan Untuk Perbarisan Olimpik Paris 2024 – Hannah

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memaklumkan bahawa pakaian kontinjen Malaysia yang diperkenalkan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebelum ini tidak akan digunakan pada perbarisan Majlis Perasmian Sukan Olimpik Paris 2024 yang akan membuka tirainya 26 Julai depan.

Menurut satu laporan Astro Awani, Menterinya Hannah Yeoh menegaskan terdapat set pakaian rasmi yang lain bagi acara tersebut selain mengingatkan kepada rakyat agar tidak membuat perbandingan di antara kepimpinannya dengan bekas menteri Khairy Jamaluddin kerana setiap menteri mempunyai cara tersendiri untuk mengemudi kementerian.

  

Foto: Astro Awani

“Masa zaman beliau, itu cara beliau dan setiap pemimpin mempunyai cara berlainan. Saya hormati MOM sebagai pemegang taruh.
“Baca komen, (mereka) ingatkan ini baju perbarisan. (Namun sebenarnya) sudah ada (lain) untuk atlet.
“Kami dah maklumkan pandangan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS) kepada (Presiden MOM) Mohamad Norza,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa melancarkan Liga Wanita Nasional (LWN) musim 2024 di Lalaport, Bukit Bintang City Centre (BBCC) di Kuala Lumpur hari ini.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Media Sosial

Hannah berkata, tindakan dan kontrak penajaan MOM dengan Yonex perlu dihormati dan percaya presiden MOM mampu menyelesaikan isu pakaian agar kehadiran kontinjen negara ke Paris dilihat sebagai sebuah pasukan yang saling berkerjasama untuk membawa nama Malaysia ke persada dunia.

Sementara itu, beliau juga memaklumkan cadangan menaikkan Timbalan CDM Datuk Nicol Ann David kepada Ketua Kontinjen (CDM) Malaysia ke temasya tersebut adalah tidak perlu kerana penyandang sedia ada, iaitu Datuk Hamidin Mohd Amin merupakan seorang yang berkaliber dalam kepimpinannya.

“Komen media sosial, kalau ada satu masalah, cara dan cadangan gugurkan orang tersebut ini bukan cara betul, sebenarnya kena kenal pasti punca masalah tersebut, dalam kes ini bukan punca Hamidin. Bagi saya Hamidin mendengar (setiap masalah dihadapi) dan itu penting,” ujarnya.

Foto: Media Sosial

Advertisement. Scroll to continue reading.

Untuk makluman, terdapat sesetengah pihak di media sosial yang membanding-bandingkan pakaian kontinjen Malaysia ke Sukan Olimpik Paris 2024 selepas diperkenalkan oleh MOM pada 23 Jun lalu dengan pakaian yang dikenakan atlet ketika KBS masih di bawah kepimpinan Khairy dahulu.

Sumber: Astro Awani

Ditulis oleh Azurah Amilkasan

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Netizen mendakwa pemandu Perodua Myvi yang dipercayai mengalami ‘microsleep’ masih mampu melemparkan senyuman selepas kemalangan membabitkan enam kenderaan sehingga seorang penunggang motosikal maut di...

Lokal

Kepekaan dan tindakan pantas tiga kakitangan Tabung Haji (TH) cawangan Kuala Berang berjaya menyelamatkan seorang warga emas daripada kerugian RM250,000 selepas dipercayai menjadi mangsa...

Lokal

Seorang wanita hamil tiga bulan meninggal dunia bersama seorang rakan lelaki dalam kebakaran yang berlaku di sebuah rumah teres dua tingkat di Jalan Tenang...

Lokal

Mahkamah Majistret Kajang hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,500 ke atas seorang peniaga selepas mengaku bersalah atas dua pertuduhan mencederakan dan mengugut mahu membunuh...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd