Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Padang Rosak Kali Ketiga, Ahli Parlimen Machang Gesa Hans Isaac Letak Jawatan

Ahli parlimen Machang, Wan Ahmad Fahysal menggesa pelakon, Datuk Hans Isaac meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memandangkan keadaan padang di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) rosak buat kali ketiga.

Foto: Youtube Harian Metro

Menurut laporan Harian Metro, beliau menganggap Hans tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik dalam menguruskan aset stadium negara.

Jelasnya lagi, kerosakan padang di SNBJ buat kali ketiga akan memberi kesan terhadap pasukan, rakyat dan cukai negara.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dia tak jalankan tugas dengan baik untuk negara yang melibatkan imej dan professionalisme pengurusan aset stadium kita,” katanya.

Foto: IG Hans Issac

Pada masa sama, Wan Ahmad Fayhsal sekali gus meminta Hans yang juga Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu meletak jawatan sekiranya masih mempunyai rasa malu terhadap kegagalan menguruskan padang.

“Bukan pertama kali tapi kali ketiga. Cukuplah Hans Isaac. Kalau tahu malu, letak jawatan,” ujarnya.

Dalam pada itu, Afnan Hamimi Taib selaku Ahli Parlimen Alor Setar berkata, kerosakan padang di SNBJ  mencemarkan nama negara kerana melibatkan perlawanan bertaraf antarabangsa.

Terdahulu, padang SNBJ menjadi isu hangat apabila tular video permukaan padang rosak ketika konsert Ed Sheeran pada 24 Februari lalu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Harian Metro (Mohd Khairil Ashraf Mohd Khalid), Instagram Hans Isaac

Nadhirah Suhaimi
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Luahan seorang saksi kejadian ,Norharizan Hassan, 48, memaklumkan dirinya tampil berani menutup kepala mangsa yang telah putus dalam kemalangan ngeri yang meragut nyawa seorang...

Lokal

Seorang guru wanita sebuah sekolah menengah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas lima pertuduhan membabitkan amang seksual fizikal dan bukan fizikal terhadap seorang...

Lokal

“Saya cuba panggil dan menggerakkan badan anak saya, tetapi saya dapati kepalanya sudah terputus dan berada di bawah kaki.” Demikian detik paling memilukan yang...

Lokal

Tenaga Nasional Berhad tampil menjelaskan isu tular melibatkan sebuah keluarga di Kampung Kuala Sat, Ulu Tembeling, Jerantut yang didakwa hidup hampir 13 tahun tanpa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd