Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Padah Tayang Ikan 39KG Diikat Belakang Kereta, Lelaki Dicari Polis

Seorang lelaki dari wilayah barat daya China mencuri perhatian orang ramai apabila dia dilihat memandu keretanya dengan seekor ikan bersaiz gergasi diikat pada bahagian belakang kenderaan dan aksi itu sempat dirakam dan tular di media sosial, mengundang pelbagai reaksi lucu serta kagun daripada warganet.

Menurut laporan South China Morning Post, insiden tersebut berlaku di bandar Guigang, Guangxi, pada 15 Mei lalu dan terdapat seorang saksi yang bernama Ji berkata, lelaki berkenaan telah mengikat kepala dan ekor ikan tersebut di bahagian belakang keretanya dan memandu keliling bandar seperti sedang berarak menunjukkan trofi kemenangannya.

Foto: South China Morning Post

 “Ikan tu panjang dalam satu meter dan beratnya lebih 30 kilogram. Saya rasa dia tangkap dekat Empangan Pingtianshan.” katanya.

Lelaki itu yang merupakan pemancing tegar kemudian berkongsi di media sosial bahawa ikan yang ditangkapnya itu sebenarnya seberat 39.5kg.

Menurut rakan terdekatnya, mereka sekeluarga menikmati ikan tersebut pada hari yang sama dengan menjadikannya bebola ikan.

Walau bagaimanapun, pihak polis trafik Guigang tidak begitu terhibur dengan aksi tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mereka memanggil pemandu itu untuk hadir ke balai polis dan sedang meneliti sama ada mahu mengenakan denda atau memotong mata lesen memandunya.

Mengikut undang-undang keselamatan jalan raya di China, pemandu tidak dibenarkan menggantung objek melebihi 0.5 meter pada bahagian luar kenderaan atas faktor keselamatan.

Dalam masa yang sama, media sosial dipenuhi komen menghiburkan.

“Dia memang bangga habis. Ikan sebesar tu, siapa tak nak tunjuk?.
 “Sekarang satu Guangxi tengah bising pasal ikan tu, ada yang kata dia habis minyak dua kali ganda sebab nak pusing bandar tunjuk hasil tangkapan!,” kata netizen.

Foto: Sinar Harian

Menariknya, ini bukan kali pertama kejadian sebegini berlaku kerana pada tahun 2023, seorang lelaki di wilayah Shandong turut dikenakan tindakan selepas menggantung seekor ikan seberat 10kg pada keretanya.

Dia dikenakan denda sebanyak 200 yuan (RM130) dan sembilan mata lesen dipotong kerana ikan tersebut menutup nombor plat kenderaannya.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Apabila disoal mengapa dia bertindak sedemikian, lelaki itu hanya menjawab kerana ia terlalu menyeronokan dan ianya membuat dia teruja.

Sumber: South China Morning Post

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang pekerja FamilyMart yang didakwa menyimbah sup ke arah seorang penghantar makanan telah digantung tugas sementara menunggu siasatan dalaman dijalankan oleh pihak syarikat. Syarikat...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Sosial

Seorang pemandu e-hailing menjadi perhatian ramai selepas berkongsi pengalaman berdepan situasi tegang melibatkan seorang pelanggan hanya disebabkan isu baki wang tambang sebanyak RM7. Pemandu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd