Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Padah Maki Hamun Penguat Kuasa, Lelaki Ditahan Halang Tugas Penjawat Awam

Seorang lelaki berusia 50 tahun ditahan polis kerana menghalang tugas penjawat awam selepas memaki hamun penguat kuasa dengan kata-kata kesat semasa Op Bersepadu Sempena Operasi Khas Tahun Baharu Cina (TBC) di laluan motosikal Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, malam tadi.

Menurut laporan Buletin TV3,  kejadian bermula apabila lelaki tersebut yang menunggang motosikal bersama pembonceng wanita warga Indonesia diperiksa anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kira-kira jam 10 malam dan didapati Lesen Kenderaan Motor (LKM) telah tamat tempoh.

Lelaki maki hamun penguat kuasa ditahan

Memaki Hamun

Foto: Kosmo! Online

Suspek bertindak mengeluarkan kata-kata kesat dan melakukan provokasi selepas tidak berpuas hati apabila diminta meninggalkan motosikalnya yang akan disita.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Susulan kejadian itu, lelaki berkenaan ditahan polis untuk siasatan di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas penjawat awam.

Foto: Harian Metro

Pengarah JPJ negeri, Zulkifly Ismail berkata pihaknya meminta semua pengguna jalan raya memahami tugas penguatkuasaan yang dilaksanakan.

“Dalam hal ini (operasi penguatkuasaan) kita bukan mahu mencari salah atau menghukum (sesiapa) tetapi ia bertujuan untuk menjaga keselamatan pengguna jalan raya.

Artikel lain: Suspek Lelaki Ditahan Susulan Penemuan Beg Merah Berisi Mayat Janda Dengan Anggota Badan Tak Sempurna

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Maka saya berharap, semua dapat memahami tugas kami,” katanya kepada pemberita, di sini, malam tadi.

Zulkifly menambah bahawa sebanyak 31,122 buah kenderaan telah diperiksa sepanjang operasi yang bermula 20 Januari lalu.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 4,105 notis telah dikeluarkan terhadap pemandu yang gagal mematuhi peraturan ditetapkan.

Operasi selama tiga minggu itu turut disertai pelbagai agensi penguatkuasaan termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen (JIM), Jabatan Alam Sekitar (JAS), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Projek Lebuhraya Utara Selatan Berhad (PLUS).

Sumber: Buletin TV3

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd