Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Padah Kuasa Tular! KPDN Sabah Terjah Restoran Jual Sotong Manis RM50 Seekor

Sebuah restoran tular yang menjual lauk sotong manis pada harga RM50 diserbu pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sabah, hari ini.

Ia selepas penularan beberapa foto di media sosial dikongsikan oleh pengguna yang mendakwa dirinya terkejut dengan harga lauk sotong tersebut.

Memetik laporan BH Online, pemilik restoran yang terletak di Kota Kinabalu diberi tempoh dua hari untuk menjelaskan tindakannya menjual lauk sotong manis pada harga RM50 kepada pelanggan.

Ketua Pegawai Penguatkuasa KPDN Sabah, Zulfamy Mat Udi berkata, premis berkenaan dikenakan tindakan dan disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Perlindungan Pengguna 1999 kerana meletakkan harga mengelirukan serta tidak jelas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: KPDN Melaka Serbu Restoran Mamak, Sorok Lebih 500kg Gula & Minyak Masak Peket

Pihaknya turut memberikan Notis Pengesahan Maklumat Barangan (NPMB) mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHA) 2011 berhubung makanan sotong manis itu.

“Ia bagi mendapatkan maklumat berhubung harga makanan berkenaan dan diminta untuk memberi maklumbalas dalam tempoh dua hari,”katanya menerusi kenyataan.

Tindakan juga diambil mengikut Seksyen 21 AKHAP 2011 dan siasatan masih dijalankan sementara menunggu maklum balas daripada peniaga terlibat.

KPDN Sabah

Berdasarkan pemeriksaan, premis berkenaan ada menunjukkan tanda harga bagi setiap makanan dan minuman yang dijual termasuk sotong manis.

Namun, KPDN menasihatkan pemilik premis memaklumkan harga lebih jelas dari segi saiz sotong manis berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebagai contoh, berapa harga untuk sotong manis saiz kecil, sederhana dan besar. Penandaan harga lebih khusus untuk mengelakkan kekeliruan pengguna,”katanya.

KPDN juga menasihatkan orang ramai bertanya terlebih dahulu kepada peniaga atau menyemak senarai harga dipamerkan sebelum mengambil makanan, bagi mengelak kekeliruan.

Sumber: BH Online (Juan Riduan)

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd