Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

PABM 2023 Angkat Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ulung

Menteri Pendidikan Tinggi, YB Dato’ Seri Mohamed Khaled Nordin telah berkesempatan untuk merasmikan Pertandingan Akhir Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) 2023 kali ke-15 yang diadakan di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang pada 4 November 2023.

Difahamkan, PABM telah mula diperkenalkan pada tahun 2007 apabila mempertandingkan tiga kategori iaitu kategori Alam Melayu, kategori Antarabangsa dan kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia (PAM).

Kategori Alam Melayu disertai peserta daripada Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan Thailand. Kategori Antarabangsa pula disertai oleh negara-negara selain daripada negara bagi kategori Alam Melayu. Manakala kategori Pelajar Antarabangsa di Malaysia pula terbuka kepada pelajar universiti di Malaysia selain daripada negara bagi kategori Alam Melayu.

bahasa melayu

Dalam pertandingan tersebut, pusingan awal dan suku akhir telah diadakan secara dalam talian pada bulan September yang lepas.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Seramai tiga orang yang terbaik daripada setiap kategori telah terpilih untuk ke pusingan akhir secara bersemuka yang berlangsung di Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang dan sebanyak tujuh buah negara terlibat dalam pusingan akhir, antaranya ialah Malaysia, Brunei, Uzbekistan, China, Bangladesh, Sudan danTimor-Leste.

Menariknya, johan bagi setiap kategori membawa pulang wang tunai sebanyak RM10,000 beserta piala pusingan dan piala iringan. Naib johan pula membawa pulang wang tunai sebanyak RM8,000, manakala tempat ketiga adalah RM5,000.

bahasa melayu

Menurut Menteri Pendidikan Tinggi, Bahasa Malaysia perlu diangkat menjadi bahasa yang ulung termasuklah menjadi pengantara dalam membicarakan idea-idea besar yang mengujakan.

“Kita mahu mengangkat Bahasa Melayu sebagai bahasa yang ulung. Bahasa ilmu. Bahasa yang menjadi perantara dalam membicarakan idea-idea besar dan mengujakan. Bahasa yang memukau anak muda untuk berkarya. Bahasa yang mengundang bijak pandai untuk menggali ilmu.
“Dan paling penting, bahasa yang menjadi wahana penyatuan bangsa dan etnik yang rencam dalam sebuah persekitaran sosial yang harmoni.
“Atas kesedaran itu, KPT sentiasa mengambil beberapa langkah serius untuk terus menjadikan Bahasa Melayu sebagai sebahagian daripada agenda penting pendidikan tinggi negara,” jelasnya.

bahasa melayu

Sehubungan dengan itu, pihak kementerian mengucapkan tahniah kepada semua peserta yang berjaya dan pegawai yang telah menyumbang tenaga serta masa dalam menjayakan program Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu (PABM) Piala Perdana Menteri 2023.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Jutaan terima kasih juga kepada semua pihak yang turut terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu 2023.

Siti Hajar
Ditulis oleh Siti Hajar

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penunggang basikal yang mendakwa hampir dirempuh oleh sebuah bas RapidKL dalam satu insiden di Bestari Jaya, pada Ahad lalu tampil berkongsi perkembangan terbaru berhubung...

Sosial

Tular di media sosial, seorang pengguna Facebook mendedahkan perbuatan terkutuk seorang pakar kaunseling yang menganjurkan sebuah program yang didakwa bercanggah dengan syariat Islam dan...

Sosial

Bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji tampil menafikan dakwaan bahawa anaknya makan secara berlebihan, susulan teguran jurulatih kecergasan, Tareq Fit, berhubung berat badan kanak-kanak...

Sosial

Seorang jurulatih kecergasan dikenali sebagai Tareq Fit menegur seorang bapa kepada pempengaruh cilik, Abang Aji kerana keadaan fizikalnya yang dilihat sudah mencapai tahap obesiti...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd