Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ops Khas: JPJ Kedah Berjaya Kutip Lebih RM100,000 Saman Daripada Kenderaan Thailand

Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kedah telah berjaya mengutip RM101,300 daripada 352 saman yang dikeluarkan terhadap kenderaan Thailand atas pelbagai kesalahan menerusi operasi dilaksanakan sejak Disember tahun lalu.

Menurut laporan Bernama, Pengarah JPJ Kedah, Stien Van Lutam memaklumkan antara kesalahan yang dilakukan seperti salah guna Permit Pengedaran Antarabangsa (ICP), tiada lesen memandu dan kesalahan teknikal.

JPJ Kedah berjaya kutip lebih RM100,000 saman

JPJ Kedah

Foto: The Sun

Menurut Stien, bayaran saman tertinggi yang diperoleh melibatkan pemilik van Thailand berusia 45 tahun yang mempunyai tunggakan saman sebanyak RM17,700.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Dia ditahan di sekitar Changlun, bila kita periksa dia ada saman tertunggak sejak 2022 dan tak bayar, bila dia jelaskan semua tunggakan itu baru kita lepaskan balik negara asal.
“Adalah perlu untuk kita bertegas dengan mereka yang melakukan kesalahan di sini supaya orang luar menghormati dan mematuhi peraturan negara kita sepertimana kita menghormati peraturan negara lain,” katanya semasa bertugas sewaktu Ops Khas Tahun Baharu Cina 2025 di Terminal Bas Shahab Perdana, Alor Setar pada Ahad.

Foto: Malaysiakini

JPJ Kedah tegas laksana operasi

Stien menjelaskan, sejak operasi tersebut berkuat kuasa bermula 20 Jan hingga semalam, sebanyak 10,656 kenderaan diperiksa dengan 1,864 saman telah dikeluarkan manakala 15 kenderaan disita di negeri tersebut.

Artikel lain: 21 Kenderaan Perdagangan Disita Selepas Pemeriksaan Di 37 PUSPAKOM – JPJ

Beliau menyatakan bahawa motosikal masih mencatatkan kesalahan tertinggi diikuti kereta dan lain-lain kenderaan atas pelbagai kesalahan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Tiga kes terhadap pemandu bas diambil tindakan kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu, tiada pemandu kedua dan memotong di garisan berkembar,” ujarnya.

Sumber: Bernama

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd