Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Juara Piala Dunia eFootball, PM Ucap Tahniah Buat Skuad FAM eRimau Dan Ahmad Muhaimin

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Skuad FAM eRimau atas kejayaan mereka menjuarai FIFAe World Cup 2024 Ft. eFootball Mobile.

Facebook: Anwar Ibrahim

Ahmad Muhaimin yang digelar Minbappe turut menerima pujian atas pencapaian cemerlang dalam kejohanan antarabangsa tersebut.

Menerusi satu perkongsian di laman X, Anwar yang juga Menteri Kewangan mengalu-alukan kemenangan skuad e-sukan Malaysia di pentas global.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Terus cemerlang dan harumkan nama negara di pentas dunia!” tulisnya hari ini.

Beliau menggalakkan pasukan tersebut untuk terus mempertahankan semangat kejayaan dan mengharumkan nama negara di pentas dunia.

Foto: X FIFAe

Pada perlawanan akhir yang berlangsung semalam, pasukan FAM eRimau membuat sejarah gemilang dengan menewaskan pasukan Maghribi dengan kedudukan 2-0, sekali gus mencatatkan peristiwa bersejarah dalam saingan tersebut.

Ahmad Muhaimin membawa kejayaan cemerlang kepada Malaysia dengan menewaskan wakil Maghribi dalam dua perlawanan berturut-turut, dimana perlawanan pertama disapu bersih dengan keputusan 3-0.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Perlawanan kedua pula dengan keputusan 2-0, seterusnya merampas hadiah wang tunai bernilai RM80,000.

Malaysia kini tercatat sebagai negara ASEAN pertama yang berjaya memenangi kejohanan tersebut.

Kemenangan Skuad FAM eRimau dalam FIFAe World Cup 2024 Ft. eFootball Mobile dilihat sebagai peningkatan yang membanggakan dalam bidang e-sukan tempatan.

Sumber: X Anwar Ibrahim

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Lokal

Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Selangor mengambil keterangan seorang suspek dan beberapa saksi bagi membantu siasatan berhubung kematian seekor anjing peliharaan bernama Rocky di Klang...

Sosial

Himpunan RXZ Members 8.0 mencipta sejarah apabila berjaya menghimpunkan lebih 200,000 peserta, sekali gus menjadi edisi paling besar sejak program itu diperkenalkan pada 2017....

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd