Connect with us

Hi, what are you looking for?

Dunia

Tak Benarkan ‘Oyen’ Lepak Di Premis, Pasaraya Diancam Boikot

Sebuah pasaraya di  Yorkshire Utara, United Kingdom diancam boikot selepas seekor kucing ‘oyen’ tidak dibenarkan masuk ke dalam premis berkenaan lagi.

oyen

Oyen tak boleh duduk di kawasan pasaraya lagi

Memetik laporan dari Metro UK, penduduk Hornsea dikatakan berang dan mengancam untuk tidak datang ke pasaraya berkenaan selepas kucing yang diberi nama Lincoln The Cat tidak lagi berkeliaran di situ.

Ujar pengurusan pasaraya berkenaan, kucing berwarna oren terbabit tidak dibenarkan untuk berada di situ lagi disebabkan alasan kesihatan serta keselamatan.

“Ini akan menjadi lawatan terakhir saya ke sini jika Lincoln tidak dikembalikan semula.
“Mereka tidak akan mendapat sesen pun daripada saya. Lincoln hanya menceriakan hari kamu apabila melihatnya. Ia sangat cantik, sangat penyayang,” kata salah seorang penduduk Hornsea.

oyen

Artikel lain: Oyen Datang Hospital, Tagih Simpati ‘Nurse’ Bantu Rawat Kaki Tercedera

Advertisement. Scroll to continue reading.

Pemilik Oyen sukar halang, tapi akan pastikan ia tak kesana

Dalam pada itu, pemilik kepada Lincoln, Lorraine Clarke mengatakan yang dia cuba untuk menjauhkan Lincoln dari pasaraya berkenaan, namun sukar kerana kawasan tersebut merupakan lokasi kegemarannya.

oyen

Sumber: Metro UK

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Bisnes

Mahkamah Sesyen di sini hari ini diberitahu mengenai dua transaksi kemasukan wang berjumlah keseluruhan RM8 juta daripada akaun Fashion Valet Sdn Bhd ke dalam...

Sosial

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melahirkan rasa sedih terhadap keadaan Dataran Merdeka yang dipenuhi sampah sarap selepas ribuan penyokong berhimpun bagi menyaksikan siaran langsung...

Lokal

Seorang pegawai imigresen mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini pada Isnin atas tujuh pertuduhan menerima suapan setiap bulan bagi melindungi...

Lokal

Ketua Putera MIC Kebangsaan, Dr Shatesh Kumar Sangar membidas kenyataan berhubung isu penghapusan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang menurutnya masih belum...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd