Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

‘OTW’ Balik Rumah, Rider Maut Dirempuh Kereta Dipandu Warga Asing

Seorang penunggang motosikal maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang berhenti di lampu isyarat di persimpangan empat Jalan Persiaran Mokhtar Dahari, Puncak Alam, pada Selasa.

Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Mohd Hafiz Muhammad Nor berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kemalangan maut itu pada kira-kira jam 8.23 malam.

Foto: FB Muhammad Syazwi via BANDAR PUNCAK ALAM COMMUNITY

Foto: FB Muhammad Syazwi via BANDAR PUNCAK ALAM COMMUNITY

Beliau berkata, kemalangan tersebut membabitkan sebuah motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang ditunggang seorang lelaki tempatan dan sebuah kereta Nissan Almera yang dipandu seorang lelaki warga asing.

“Siasatan awal mendapati mangsa sedang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja menuju ke rumahnya.
“Apabila tiba di persimpangan empat lampu isyarat, motosikal mangsa berhenti kerana lampu isyarat merah sebelum dirempuh dari belakang oleh kereta yang datang dari arah sama,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Foto: FB Muhammad Syazwi via BANDAR PUNCAK ALAM COMMUNITY

Menurut beliau, akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal mengalami kecederaan parah dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Foto: Threads @noraini_dullah

Katanya, mayat mangsa kemudian dibawa ke Unit Forensik Hospital Al-Sultan Abdullah UiTM Puncak Alam untuk tujuan bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu atau berbahaya sehingga menyebabkan kematian.
“Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dipenjara tidak kurang lima tahun dan tidak melebihi 10 tahun serta didenda antara RM20,000 hingga RM50,000,” ujarnya.

Dalam pada itu, Mohd Hafiz menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa mengutamakan keselamatan ketika memandu dan menunggang kenderaan.

Beliau turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Azie Azyanti Mohd Rafae di talian 013-6756317 atau Bilik Gerakan IPD Sungai Buloh di talian 03-6156 1222.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Polis Daerah Sungai Buloh

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Seorang anggota Tentera Darat Malaysia (TDM) cedera selepas terkena tembakan pada bahagian pipi kanan sehingga menembusi rahang bawah kiri ketika menjalani latihan menembak di...

Nasional

Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terus memperkukuh usaha memupuk budaya menabung dan meningkatkan literasi kewangan dalam kalangan generasi muda menerusi Pertandingan Teater Pendek...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd