Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Ops Khas Motosikal: Lebih 37,000 Saman Dalam Tempoh 13 Hari – JPJ

Baru 13 hari Ops Khas Motosikal diadakan di seluruh negara, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) telah mengeluarkan 37,708 saman atas pelbagai kesalahan kepada penunggang motosikal.

Memetik laporan Berita Harian, Ketua Pengarah, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, pihaknya telah memeriksa sebanyak 136,067 motosikal sepanjang tempoh operasi tersebut.

Aedy Fadly ketua pengarah baharu JPJ

Foto: Carian Google

“Dalam tempoh 13 hari sahaja JPJ telah membuat pemeriksaan sebanyak 136,067 motosikal dan tindakan notis saman dikeluarkan sebanyak 37,708 notis kepada pesalah-pesalah motosikal di seluruh negara atas pelbagai kesalahan.
“JPJ juga telah menyita 1,014 motosikal atas pelbagai kesalahan.
“Antara kesalahan paling tinggi dikesan adalah tiada insurans dan cukai jalan selain pengubahsuaian sangat ekstrem oleh pemilik motosikal maka kita menyita motosikal tersebut,” katanya.

Ops Khas Motosikal bermula hari ini

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Beliau berkata demikian semasa sidang akhbar selepas Program MyLesen B2 Peringkat Negeri Terengganu di Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Midin, Kuala Terengganu, pada Khamis.

“Ops ini akan diadakan secara berterusan untuk tempoh dua bulan ini seluruh negara.
“Penguatkuasaan secara berterusan ini adalah penting untuk mendidik dan memastikan keselamatan pengguna jalan raya.
“Jadi kita ingin ingatkan kepada semua pengguna di jalan raya supaya mematuhi semua peraturan ditetapkan kerana tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang menyalahi undang-undang,” ujarnya.

JPJ buat operasi khas motosikal bermula hari ini

Foto: Utusan Malaysia

Sementara itu, Aedy Fadly berkata, Program MyLesen merupakan komitmen dan usaha berterusan kerajaan untuk membantu golongan berpendapatan rendah (B40) mempertingkatkan taraf sosioekonomi dan pendapatan isi rumah melalui peluang pekerjaan.

“Pemilikan Lesen Memandu Kelas B2 ini akan memberi manfaat kepada masyarakat di Terengganu bagi memudahkan pergerakan menguruskan aktiviti-aktiviti ekonomi setempat seterusnya meningkatkan pendapatan isi rumah,” katanya.

Sumber: Berita Harian (Zatul Iffah Zolkiply)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Leslywan Gemmy

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita menjadi sebutan di media sosial selepas satu hantaran di Facebook miliknya mencetuskan perhatian ramai. Dalam perkongsian tersebut, wanita berkenaan dilihat menyiarkan semula...

Sosial

Dalam suasana penuh debar menanti kehadiran cahaya mata pertama, usahawan dan penulis terkenal, Farah Fakhira, dikejutkan dengan berita pemergian suami tercintanya, Zaidul Ariff, yang...

Sosial

Seorang kakitangan syarikat perbankan RHB yang tular selepas didakwa menghina Perdana Menteri menerusi media sosial telah diberhentikan daripada tugasnya. RHB dalam satu kenyataan memaklumkan,...

Uncategorized

Nama usahawan terkenal, Prince Syed, kembali menjadi tumpuan selepas tular dakwaan mengejutkan berkaitan isterinya, Fatin Syazwani, yang kini dilaporkan berada dalam keadaan kritikal di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd