Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

Operasi Network School Disertai Warga Israel? Forest City Pandang Serius, Tindakan Menanti Jika Langgar Undang-Undang

Forest City memberi jaminan akan mengambil tindakan mengikut saluran undang-undang dan hak kontrak sepenuhnya sekiranya siasatan mendapati Network School melakukan sebarang pelanggaran melibatkan undang-undang Malaysia.

Pemaju, Country Garden Pacificview Sdn Bhd, berkata pihaknya akan memberikan kerjasama penuh kepada semua pihak berkuasa yang sedang menjalankan siasatan berkaitan dakwaan membabitkan Network School, termasuk isu kewarganegaraan seorang individu.

Dalam satu kenyataan, pemaju itu menegaskan sokongan terhadap pendirian kerajaan bahawa Johor tidak boleh dijadikan pangkalan kepada sebarang ideologi, gerakan atau aktiviti yang bercanggah dengan undang-undang negara atau menjejaskan kedaulatan Johor serta Malaysia.

“Forest City bersedia bekerjasama sepenuhnya dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Imigresen Malaysia, Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), pihak berkuasa tempatan (PBT) serta agensi berkaitan lain.
“Semua dokumen yang diperlukan akan diserahkan bagi membantu melancarkan siasatan yang menyeluruh, tepat dan dapat diselesaikan dengan segera.
“Jika pihak berkuasa mendapati wujud sebarang pelanggaran undang-undang, peraturan imigresen, pelesenan, penggunaan tanah atau syarat kontrak, Forest City akan menguatkuasakan hak undang-undang dan hak kontraknya sepenuhnya,”menurut kenyataan itu.

Pemaju berkenaan turut menegaskan pendirian toleransi sifar terhadap sebarang pelanggaran undang-undang, penyalahgunaan premis, ketidakpatuhan peraturan imigresen atau aktiviti yang boleh menjejaskan keselamatan serta ketenteraman awam.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Forest City kekal komited terhadap pematuhan undang-undang, ketelusan serta memastikan keselamatan komuniti, melindungi kepentingan Johor dan memelihara kedaulatan Malaysia,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi mengarahkan siasatan dijalankan terhadap dakwaan membabitkan Network School, termasuk dakwaan seorang warga Israel yang dilarang memasuki Malaysia menjadi sebahagian daripada komuniti berkenaan dan dipercayai memasuki negara ini menggunakan pasport kedua.

Artikel lain: Operasi Network School Disertai Warga Israel? Onn Hafiz Takkan Kompromi! Gesa Siasatan Menyeluruh

Sumber: FB Forest City 森林城市

Ditulis oleh

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ketika landskap keselamatan dunia terus berubah dan cabaran geopolitik semakin kompleks, Malaysia dan Vietnam memilih untuk memperkukuh hubungan pertahanan sebagai langkah memastikan kestabilan rantau...

Nasional

Hubungan pertahanan Malaysia dan Kemboja terus diperkukuh apabila kedua-dua negara mengambil langkah memperluas kerjasama strategik demi memastikan kestabilan rantau ASEAN kekal terpelihara. Menteri Pertahanan,...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd