Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

Op Global: Hampir 30% Kanak-Kanak Diselamatkan Alami Kecelaruan Kognitif – KPWKM

Hampir 30% daripada 385 kanak-kanak berusia tujuh tahun ke atas yang diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISB Holdings (GISBH) didapati mengalami masalah kecelaruan kognitif termasuk yang teruk.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri berkata sebanyak 20.26% (78 orang) menunjukkan masalah kecelaruan kognitif yang sederhana manakala 7.79% (30 orang) lagi mengalami kecelaruan kognitif yang teruk.

Dalam pada itu, 94.3% daripada kanak-kanak yang diselamatkan mengaku masih mempunyai sekurang-kurangnya seorang ayah atau bapa kandung, manakala 5.7% lagi tidak mempunyai ibu bapa atau tiada maklumat mengenai ibu bapa.

Foto: Sinar Harian

Advertisement. Scroll to continue reading.

Mengulas mengenai penilaian fizikal dan kesihatan kanak-kanak yang diselamatkan, Nancy berkata 46.1% kanak-kanak mencatatkan berat badan normal, 51.6% kanak-kanak mencatatkan berat badan di bawah paras BMI sihat dan 2.7% lagi dalam kategori obesiti.

“Tiga daripada mereka mempunyai Kad OKU manakala 27 orang lagi kanak-kanak mempunyai simptom OKU,” katanya ketika sesi Penerangan Menteri berkenaan Isu Kebajikan Kanak-Kanak Diselamatkan dalam Op Global membabitkan GISBH di Dewan Rakyat pada Selasa.

Tambah Nancy, penilaian kognitif yang dilakukan ke atas 385 kanak-kanak berumur tujuh thaun dan keatas mendapati lebih kurang 71.95% (277 orang) daripada mereka tidak menunjukkan kecelaruan kognitif.

“Namun, 20.26% menunjukkan masalah kecelaruan kognitif yang sederhana manakala 7.79% lagi mengalami kecelaruan kognitif yang teruk,” ujarnya.

Sementara itu, Nancy memaklumkan mahkamah telah mengeluarkan perintah jagaan sementara buat kanak-kanak yang telah diselamatkan dalam operasi itu dan kini sedang diberi perlindungan dan penjagaan sewajarnya oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Foto: Majoriti

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Walaupun berdepan dengan cabaran besar, terutamanya untuk menyediakan tempat dan jagaan kepada bilangan kanak-kanak yang sangat ramai dalam masa yang singkat ini, JKM telah berusaha sedaya upaya menjalankan tanggungjawab dengan penuh profesional, selaras dengan keperluan dan hak kanak-kanak,” katanya.

Bagaimanapun, Nancy berkata matlamat akhir Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) adalah untuk mengembalikan kanak-kanak ke pangkuan keluarganya namun beberapa perkara perlu dinilai dan dipertimbangkan.

Menurut Nancy, KPWKM telah merangka hala tuju yang komprehensif berdasarkan prinsip kerja sosial terhadap kanak-kanak itu dengan perancangan tertentu berdasarkan peruntukan.

Katanya, jika Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan pelindung kanak-kanak mendapati mereka tidak diabai atau didera dan tidak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan, maka tindakan mengembalikan kanak-kanak kepada ibu bapa akan diambil.

“Namun sekiranya hasil siasatan mendapati bahawa kanak-kanak memerlukan pemeliharaan dan perlindungan seperti dalam perenggan 17(1)(1) hingga (k), kecuali perenggan 17(1)(e), maka permohonan akan dibuat untuk meletakkan kanak-kanak di bawah pemeliharaan dan penjagaan JKM.
“Ini di bawah perenggan 30(1)(d) atau Orang Yang Layak dan Sesuai (OYLS) di bawah perenggan 30 (1)(b) Akta Kanak-Kanak,” jelasnya.

Manakala, bagi kanak-kanak yang didapati tidak mempunyai ibu, bapa atau penjaga atau ibu, bapa dan penjaga gagal dikesan, maka kanak-kanak akan ditempatkan secara sementara di tempat selamat atau OYLS dalam satu tempoh yang dinyatakan mahkamah.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Selain itu, Mahkamah Bagi Kanak-Kanak juga boleh mengenakan apa-apa syarat atau apa-apa arahan yang difikirkan sesuai bagi memastikan keselamatan dan kesejahteraan kanak-kanak termasuk ibu bapa atau penjaga,” katanya.

Anis Rabiatul
Ditulis oleh Anis Rabiatul

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Nasional

Ahli Parlimen (MP) Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim mengemukakan rasa tidak setuju berhubung pengumuman cuti hujung minggu di negeri Johor yang akan ditukar semula...

Nasional

Kapal latihan tentera yang singgah di Pulau Pinang pada Sabtu lalu sebenarnya dinaiki oleh kumpulan pelajar dari Naval University of China, kata Menteri Pendidikan...

Lokal

Dua buah kapal latihan dari China yang membawa pelajar Naval University of China dikatakan membuat kunjungan silaturahim ke Pelabuhan Pulau Pinang mengikut prosedur rasmi...

Nasional

Pemimpin kanan Bersatu, Mas Ermieyati Samsudin mempersoal kanyataan Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek yang mempertahankan kunjungan 165 kadet Tentera Laut Republik Rakyat China (RRC) di...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd