Petarung negara, Johan Ghazali, terpaksa akur tewas kepada lawan dari Jepun, Shimon Yoshinari, menerusi keputusan juri dalam saingan One Samurai 1 di Arena Ariake, Tokyo, Jepun, sebentar tadi.
Pusingan pertama menyaksikan kedua-dua petarung saling mengatur langkah dengan lebih berhati-hati dalam melakukan gerakan ke arah lawan.
Masuk pusingan kedua pula, petarung negara berusia 19 tahun itu lebih agresif mengatur serangan dengan beberapa siri tumbukan berjaya dilepaskan hingga menjatuhkan Shimon.
Namun, pukulan petarung muay thai Jepun itu ke arah muka juga berjaya menjatuhkan Jojo yang kental bertahan hingga tamat.
Shimon lebih agresif menyerang dalam pusingan ketiga dengan beberapa tumbukan ke arah muka Jojo menyebabkan berlakunya pendarahan pada muka wakil negara itu yang tetap bersaing dengan semangat juang yang tinggi hingga berakhir tempoh pertarungan.
Artikel lain: “Aku Umur 18 Korbankan Nyawa Atas Gelanggang Demi Angkat Nama Negara” – Johan Ghazali
Kemenangan berpihak kepada wakil tuan rumah dan Johan tewas menerusi keputusan juri selepas tiga pusingan.
Untuk rekod, daripada 12 pertarungan, Jojo telah melakar lapan kemenangan dan empat kali tewas.
Sumber: onechampionship









































