Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Olimpik Paris: Raih Pingat Emas, Perenang China Pecah Rekod Dunia Acara 100m Gaya Bebas

Perenang China, Pan Zhanle berjaya memecahkan rekod dunia bagi acara 100 meter (m) gaya bebas sekali gus menyumbang satu lagi pingat emas buat negara berkenaan di Olimpik Paris yang berlangsung, semalam.

Memetik laporan Bernama, atlet yang berusia 19 tahun itu telah mencatat masa lebih satu saat iaitu 46.40 saat  sekali gus mendahului pemenang pingat Perak, Kyle Chalmers dari Australia.

Foto: Swimming World Magazine

Sementara itu, pingat gangsa pula telah diraih oleh perenang dari Romania iaitu David Popovici dengan perbezaan 0.01 saat di belakang pemenang tempat kedua bagi acara tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Difahamkan, kemenangan Pan dengan cacatan masa 46.80 saat telah memecahkan rekod dunia yang pernah dilakukannya semasa beraksi di Doha pada Februari lalu.

Meskipun tidak bahawa dia mampu memecahkan rekod dunia, namun Pan menganggap kejayaan tersebut merupakan satu langkah besar buat dirinya dan pasukan renang senegaranya itu.

Foto: China Daily

“Hari ini saya sebenarnya tidak menyangka untuk memecahkan rekod. Ia adalah keputusan yang sempurna dan satu langkah besar untuk saya dan pasukan renang China,” kata Pan pada Rabu.

Sumber: Bernama

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd