Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Olimpik Paris: Pemenang Emas Filipina Dakwa Wang Kemenangan Dibolot Ibu Sendiri

Gimnas popular Filipina, Carlos Yola menjadi sorotan peminat selepas mendakwa ibunya Angelica Yulo membolot kesemua wang kemenangannya sejak 2020.

Menurut laporan Manila Bulletin, atlet berusia 24 tahun itu berkongsi di siaran langsung TikTok mengenai ketegangan antara dia dan ibunya susulan tindakan wanita tersebut yang mengeluarkan duit kemenangan secara senyap-senyap.

Foto: Manila Bulletin

“Saya tidak akan tahu bahawa dia menerima wang itu jika saya tidak periksa sendiri. Saya tidak pernah menerima insentif itu dan saya tidak pernah memintanya.
“Saya sudah berputus asa mengenainya. Ia bukan lagi milik saya,” katanya pemenang dua pingat emas di Sukan Olimpik 2024 itu.

Yulo juga berkata, ibunya tidak memberitahu jumlah sebenar yang diterimanya dan hanya diberitahu ia sekadar P70,000 (RM5,446) sahaja dari pertandingan sejak 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Foto: Harian Metro

“Saya cuma nak tahu, mana perginya?” ujarnya lagi.

Walau bagaimanapun, dia menegaskan jumlah pembayaran berkenaan tidak penting sebaliknya hanya terkilan serta mengkritik cara ibunya “menyembunyikan dan mengendalikan” kesemua wang tanpa izinnya.

Yulo turut mendedahkan sikap ibunya yang tidak merestui hubungan dengan teman wanitanya, Chloe San Jose dengan mendakwa ibunya terlalu “menghakimi” San Jose.

Foto: Harian Metro

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, syarikat perumahan Filipina, Megaworld mengumumkan akan memberikan kondominium di McKinley Hill yang berharga 24 juta peso (RM1.85 juta) kepada atlet yang berjaya meraih pingat emas di Olimpik Paris.

Kerajaan Filipina juga menjanjikan imbuhan 10 juta peso (RM771,855) kepada Yulo selain akan menerima ganjaran daripada beberapa syarikat lain berupa wang tunai serta barangan.

Sumber: Manila Bulletin

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Kehilangan kaki kanan selepas terbabit dalam kemalangan jalan raya bukan penghalang buat dua beradik dari Kampung Seri Lebak, Temerloh untuk bangkit meneruskan kehidupan dengan...

Spotlight

Penantian bertahun-tahun peminat akhirnya berakhir apabila penyanyi dan pelakon muzikal terkenal Korea Selatan, XIA (Kim Junsu), mengadakan konsert solo pertamanya di Malaysia menerusi XIA...

Lokal

Waris yang terlibat dalam kes penangguhan pengurusan jenazah yang tular baru-baru ini dilaporkan telah membuat laporan polis berhubung kenyataan media yang dikeluarkan oleh Jabatan...

Lokal

Enam pelajar lelaki berusia 17 tahun ditahan polis awal pagi tadi kerana disyaki terbabit dalam kes buli membabitkan seorang pelajar junior di sebuah sekolah...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd