Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Olimpik Paris: MSN Tidak Tanggung Kos Perbelanjaan Delegasi MOM

Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) menjelaskan kerajaan tidak bertanggungjawab membiayai delegasi Majlis Olimpik Malaysia (MOM) untuk ke temasya Sukan Olimpik Paris 2024.

MSN memaklumkan, pihaknya hanya bertanggungjawab membiayai kos perbelanjaan untuk atlet, jurulatih, pegawainya, Institut Sukan Negara (ISN) dan operasi Malaysia House sahaja ke temasya tersebut.

Foto: MOM

“Kos pembiayaan deligasi MOM adalah di bawah tanggungan MOM dan bagi tetamu mereka dibayar oleh pihak-pihak berkenaan dan tidak melibatkan dana kerajaan,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.

Sementara itu, menurut satu laporan Malaysiakini, Presiden MOM Norza Zakaria pula berkata, beliau mempunyai kuota khas untuk membawa tetamu sendiri ke temasya berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Sebagai presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) dan dan MOM saya diberikan peruntukan untuk bawa tetamu sendiri,” ujarnya.

Foto: X FIR

Norza juga menegaskan kuota tersebut tidak mempunyai kaitan dengan kad akreditasi atlet dan pasukan negara yang menyertai kejohanan dunia itu.

“Saya ada kuota khas, tidak kena-mengena dengan atlet,” jelasnya lagi.

Terdahulu, tular di media sosial memaparkan sekeping gambar dipercayai isteri dan anak lelaki kepada Norza sedang menonton acara Olimpik di Paris sehingga dikatakan mereka mempunyai kad akreditasi tersebut.

Sumber: Facebook MSN, Malaysiakini (N Faizal Ghazali)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Deena Durrah mendakwa pemandu van sekuriti yang menjadi mangsa cubaan samun oleh seorang lelaki dalam kejadian di Bandar Bukit...

Lokal

Polis Selangor mengesahkan pemandu van syarikat keselamatan yang terbabit dalam kes cubaan rompak di Bandar Bukit Tinggi, Klang meninggal dunia akibat serangan jantung ketika...

Lokal

Seorang bapa berusia 53 tahun dihukum penjara 105 tahun selepas mengaku bersalah atas tujuh pertuduhan merogol anak perempuan sulungnya antara Disember 2025 hingga 19...

Sosial

Network School yang sebelum ini beroperasi di Forest City, Johor bakal melangkah ke fasa baharu apabila merancang membuka kampus baharunya di Kazakhstan menerusi kerjasama...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd