Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

OKT Disahkan Meninggal Dunia Dalam Lokap Balai Polis

Seorang  orang kena tahan (OKT) lelaki disahkan meninggal dunia dalam tahanan di lokap Balai Polis Pengkalan Chepa, awal pagi Rabu.

Meninggal dunia dalam lokap polis

Lelaki Dalam Tahanan

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, lelaki itu mula ditahan pada jam 12.30 petang hari Selasa lalu untuk siasatan di bawah Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya.

Pada keesokan harinya, jam 9.14 pagi, tahanan berkenaan telah dibawa ke mahkamah Kota Bharu untuk permohonan reman.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Mahkamah membenarkan lelaki terbabit direman selama empat hari bermula Rabu hingga Isnin (semalam),” katanya melalui satu kenyataan pada Isnin.

Artikel lain: Pelakon Porno Bernikah Di Balai Polis Dengan Kru Sendiri Dalam Tahanan

Bagaimanapun jelasnya, kejadian berlaku pada Isnin pagi apabila anggota bertugas di Balai Polis Pengkalan Chepa mendapati OKT tersebut tidak sedarkan diri pada jam 7 pagi.

“OKT disahkan meninggal dunia kira-kira jam 7.40 pagi oleh Penolong Pegawai Perubatan dar Klinik Kesihatan Pengkalan Chepa,” ujarnya.

Kes ini kini di bawah siasatan Unit Siasatan Jenayah dan Kematian Dalam Tahanan (USJKT), Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman.

Siasatan lanjut akan diteruskan sehingga selesai bedah siasat, dengan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kes ini,” tegasnya.

Sumber: Sinar Harian

Ditulis oleh Tina Rahman

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Tiga kanak-kanak ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam kolam kumbahan berhampiran Flat Sibu Jaya di sini pada Rabu. Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan...

Bisnes

Proton Holdings Bhd (PROTON) secara rasmi melancarkan model hibrid plug-in pertamanya, Proton e.MAS 7 PHEV, sekali gus menandakan langkah strategik jenama nasional itu dalam...

Lokal

Penceramah bebas yang pernah terpalit kontroversi, Ustaz Faridul Firdaus Zaulkapli dijatuhi hukuman penjara 10 hari oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak pada Rabu selepas didapati...

Sosial

Personaliti media sosial, Ammar Nazhan, tampil membuat penjelasan susulan wujudnya beberapa perbualan dan hantaran di media sosial yang mengaitkan namanya serta Team Ammar Nazhan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd