Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

‘Nyenyak Tidur’ Selepas Kemalangan, Pemandu & Penumpang Rupanya Positif Dadah

Pemandu dan penumpang yang ‘nyenyak tidur’ dalam kereta selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan tiga kenderaan di Batu 5, Jalan Ipoh, Kuala Lumpur pada tengah hari Jumaat lalu ditahan polis selepas didapati positif dadah.

Menurut laporan BERNAMA, Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata, kedua-dua lelaki tersebut ditahan di Balai Polis Trafik Kuala Lumpur selepas menjalani ujian saringan air kencing.

Beh berkata, pemandu berusia 25 tahun yang memandu kenderaan jenis Nissan Sentra dipercayai terlelap sebelum melanggar bahagian belakang lori.

Lalok rupanya!

“Akibat perlanggaran berkenaan, lori itu bergerak ke hadapan dan melanggar belakang sebuah motosikal di lorong sama menyebabkan penunggang motosikal terjatuh.
“Walau bagaimanapun, tiada individu cedera dalam kejadian berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah beliau, pada mulanya anggota yang tiba di tempat kejadian melihat perlakuan dua suspek agak mencurigakan sebelum membawa kedua-duanya ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur bagi menjalani ujian saringan air kencing.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hasil pemeriksaan tersebut mendapati kedua-dua lelaki itu positif dadah jenis Methamphetamine, Ketamin, Eramin 5, Ampetamin dan ganja,” ujarnya.

Kedua-dua suspek disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalu Lintas Jalan 1959 (Rule 10 LN 166/59) dan Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Terdahulu, video kejadian terbabit tular di laman Twitter sehingga menerima pelbagai reaksi netizen yang rata-rata berasa geli hati apabila melihat kedua-dua suspek seperti sedang berpura-pura tidur selepas berlaku kejadian tersebut.

Situasi di media sosial menjadi ‘dramatik’ apabila terdapat seorang individu wanita mengaku tunang kepada salah seorang suspek dengan mendakwa kedua-dua lelaki itu mengalami ‘microsleep’ akibat bekerja melebihi masa.

Bagaimanapun, komen wanita terbabit dipercayai sudah dipadam selepas diasak dengan pelbagai soalan selain menerima kecaman kerana seolah-olah tidak memahami maksud ‘microsleep’.

Mengaku tunang tapi tak tahu cerita

Kalau micro sleep, orang kejut bangun dah

Mengaku tunang tapi tanya orang lain

Betul ke mereka pura-pura tidur?

Sumber: BERNAMA, Twitter @SanjeevanSS

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Penulis dan pembuat kandungan sains, Zamir Mohyedin, menjadi tular selepas perkongsian ilmiahnya mengenai lukisan gua berusia kira-kira 67,800 tahun di Indonesia disalah tafsir segelintir...

Nasional

Persoalan sama ada waris individu Islam yang meninggal dunia perlu melunaskan tunggakan cukai pendapatan akhirnya terjawab. JawatanKuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama...

Lokal

Warganegara Malaysia yang kerap ulang alik Singapura melebihi lapan kali sebulan ditafsirkan sebagai bekerja di luar negara dan tidak layak menerima Sumbangan Tunai Rahmah...

Lokal

Bekas Panglima Tentera Darat, Tan Sri Mohammad Hafizuddeain Jantan, hari ini menafikan dakwaan memakai jam tangan mewah berjenama Patek Philippe yang didakwa bernilai ratusan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd