Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Nyanyian DI AIM23 Teruk Dikritik, Keisya Levronka Akui Sedih Dalam Gembira

Penyanyi lagu Tak Ingin Usai, Keisya Levronka sememangnya kerap menjadi mangsa kecaman netizen di Indonesia apabila beberapa kali menyanyikan lagu ‘berhantunya’ itu tidak seperti di dalam rakaman.

Mana tidaknya, beberapa bahagian di lagu tersebut ternyata begitu sukar untuk penyanyi muda terbabit sampaikan sehingga terdengar mendatar lebih-lebih lagi sewaktu live.

Kena kecam di Malaysia?

Dia juga pernah dinasihati beberapa artis Indonesia untuk mengikuti kelas vokal bagi memperbaiki mutu nyanyiannya sehingga dia ‘terasa’ dan memuat naik luahannya di Twitter.

Kali ini, setelah hadir ke Malaysia dan menyampaikan lagu tersebut di malam Augerah Industri Muzik 23, dia sekali lagi mengundang kecaman netizen di Malaysia pula.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nyanyian kena kritik

Menerusi video yang dikongsi Astro Gempak itu, dapat dilihat komen-komen dari netizen Malaysia banyak mengkritik suara Keisya yang terdengar mendatar serta tidak sampai ketika menyanyikan nada tinggi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Komen-komen tersebut membuatkan netizen di Indonesia ‘menumpang’ sama ‘menyedarkan’ penyanyi muda itu tentang mutu nyanyiannya yang belum begitu bagus ketika siaran langsung.

@josepandreas3

keisya levronka perfom di malaysia, masalah uwo uwo belum selesai. yok key lu pasti bisa kalo #keisyalevronka #takinginusai @YT: Josep Andreas

♬ original sound – YT: Josep Andreas – YT: Josep Andreas

Sedih ada gembira pun ada

Susulan daripada itu, menjengah ke akaun Twitter pemenang anugerah Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara dalam AIM23 ini telah memaklumkan bahawa dirinya sangat sedih namun gembira dalam pada waktu yang sama.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dah banyak kali macam ni

Ciapan tersebut telah mendapat perhatian daripada netizen di Indonesia dan rata-rata mengatakan yang penyanyi muda itu tidak belajar dari kesilapan dan masih terus melakukan kesalahan yang sama berulang kali.

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

Turunkan sikit nada tu

 

Nanti ada yang ‘sakit hati3.0’

 

Terdahulu, penyanyi berusia 19 tahun ini telah memenangi anugerah Lagu Bahasa Melayu Terbaik Yang Dipersembahkan oleh Artis Luar Negara dalam AIM23. Menurutnya, anugerah tersebut merupakan anugerah pertama buatnya sepanjang bergelar penyanyi.

Bakat penyanyi tersebut dicungkil menerusi Indonesia Idol dan lagu Tak Ingin Usai telah meledak di TikTok apabila ramai yang menggunakannya untuk latar muzik video yang dikongsikan di aplikasi tersebut.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Instagram Astro Gempak, Twitter Keisya Levronkaa

 

 

 

Advertisement. Scroll to continue reading.

 

 

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Seorang wanita dikenali sebagai Emel Kamal mencuri perhatian ramai selepas memuat naik rakaman majlis pertunangannya di platform Threads, yang memaparkan detik istimewa bersama bakal...

Politik

Bekas Ketua Bersekutu BERSATU Johor, Datuk Tan Lek Khang yang dilaporkan parah selepas dipercayai tertembak diri sendiri petang tadi, kini sedang menjalani pembedahan di...

Sosial

Mekanik tular yang dikenali sebagai Abang Minyak Hitam atau nama sebenarnya, Mohd Yusof Mohd Noor meluahkan rasa syukur apabila mampu memiliki lori untuk digunakan...

Lokal

Polis mengesahkan seorang penunggang motosikal berusia 24 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kejadian khianat melibatkan sebuah kenderaan di kaunter bayaran plaza tol Kajang...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd