Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

NWICE 2024 Fokus Pembangunan Dan Transformasi Prasarana Industri Air – PETRA

Persidangan dan Pameran Inovasi Air Kebangsaan (NWICE) 2024 yang berlangsung selama tiga hari memberi fokus kepada pembangunan dan transformasi prasarana industri air serta pembetungan negara.

NWICE 2024 fokus pembangunan dan transformasi prasarana industri air

NWICE 2024 dianjurkan oleh Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) menerusi Jabatan Perkhidmatan Pembetungan (JPP) bersama Institut Penyelidikan Hidraulik Kebangsaan Malaysia (NAHRIM), Jabatan Bekalan Air (JBA) dan Persatuan Teknologi Trenchless Malaysia (MATT).

NWICE 2024

Menerusi satu kenyataan, PETRA berkata fokus tersebut merangkumi tiga sub-tema utama iaitu Lonjakan dan Evolusi Prasarana Pembetungan Negara, Menerajui Keterjaminan Air – Mendepani Perubahan Iklim dan Teknologi Tanpa Korekan, Inovasi Hijau.

“Persidangan itu membabitkan penyertaan lebih 420 delegasi, 69 pembentangan kertas kerja dan 42 pempamer dari pelbagai sektor dari dalam dan luar negara,” katanya hari ini.

Bertemakan ‘Transformasi Air Menuju Kemampanan Sejagat’, NWICE 2024 berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) bermula hari ini hingga 28 November 2024.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Artikel lain: Permohonan Kuota Program NEM Dibuka Semula – PETRA

Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, Datuk Seri Fadillah Yusof telah menyempurnakan majlis perasmian di lokasi sama, hari ini.

NWICE 2024

Sementara itu, PETRA memaklumkan NWICE 2024 menyediakan platform perkongsian ilmu, pengetahuan serta maklumat semasa berkaitan dengan penyelidikan, pembangunan dan infrastruktur sektor air dan pembetungan negara.

Ia menjadi salah satu medium interaksi dan jaringan komuniti penyelidikan air, pembetungan dan persekitarannya sekali gus mempamer hasil produk inovasi yang telah dibangunkan untuk potensi komersialisasi di pasaran industri.

Advertisement. Scroll to continue reading.

NWICE 2024

“Antara pengisian adalah lima ucaptama persidangan yang akan dibentangkan Ketua Pengarah NAHRIM, Pengarah JBA, Timbalan Ketua Pengarah JPP, MATT dan Felo Akademi Sains Malaysia (ASM).
“Mereka akan bentangkan pelbagai isu dan cadangan penyelesaian berkaitan cabaran kelestarian air dan persekitaran,” ujarnya.

Ditulis oleh Nor Hidayah

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump mendakwa jutaan nyawa berjaya diselamatkan selepas beliau menandatangani pelan damai antara Thailand dan Kemboja ketika berada di Malaysia....

Dunia

Tular di media sosial, video Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump menari semasa lawatan beliau ke Malaysia bersempena Sidang Kemuncak ASEAN ke-47 mencuri perhatian dunia...

Nasional

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyangkal dakwaan kononnya beliau ‘mencium pipi’ isteri Presiden Filipina, Ferdinand Marcos Jr. iaitu Louise Araneta-Marcos ketika menghadiri satu...

Sosial

Kegembiraan seorang pensyarah kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) yang baru diraikan atas pencapaiannya menerima Anugerah Mualaf 2025 bertukar pilu apabila beliau meninggal dunia hanya...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd