Connect with us

Hi, what are you looking for?

Nasional

NSSTF Pacu Pertumbuhan Ekonomi Industri Semikonduktor – Tengku Zafrul

Pasukan Petugas Strategik Semikonduktor Kebangsaan (National Semiconductor Strategic Task Force – NSSTF) menumpukan dan memacu penambahbaikan kepada tiga aspek iaitu insentif, bakat, dan ekosistem dalam mentransformasi industri Elektrikal dan Elektronik (E&E) Malaysia.

NSSTF Pacu Pertumbuhan Ekonomi

NSSTF yang itubuhkan melalui Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara pada 9 Januari 2024 adalah satu platform khusus untuk membincang dan melaksanakan hala tuju pembangunan ekosistem industri semikonduktor Malaysia, termasuk usaha menarik pelaburan strategik dan berkualiti ke dalam sektor ini.

NSSTF

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Aziz berkata, pembangunan industri E&E Malaysia perlu disusun secara lebih strategik dan sistematik untuk membentuk satu ekosistem yang kondusif bagi pelaburan dan pertumbuhan seterusnya.

Artikel lain: Pertumbuhan Ekonomi Malaysia Lebih Baik Sebanyak 4.5 Peratus Tahun Ini

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini penting kerana semikonduktor merupakan bahan asas bagi pelbagai sektor berteknologi tinggi – termasuk kenderaan elektrik (EV) dan sektor2 berasaskan kecerdasan buatan (AI) – bagi merealisasikan objektif Pelan Induk Perindustrian Baharu (New Industrial Master Plan – NIMP) 2030.
“Justeru, antara perkara yang akan diutamakan oleh MITI dan NSSTF termasuk kajian dan pembaharuan dasar insentif, bagi memastikan Malaysia kekal kompetitif dalam menarik pelaburan langsung (FDI) asing mahupun domestik (DDI) bagi menjana pertumbuhan sektor E&E ini,” katanya ketika mempengerusikan mesyuarat pertama NSSTF pada Khamis.

NSSTF

Beliau berkata, pembangunan dan penghasilan bakat berkualiti juga akan diutamakan untuk memenuhi permintaan yang dinamik oleh industri agar kedudukan Malaysia sebagai pusat inovasi dan kecemerlangan kekal kukuh.

“NSSTF juga akan mengenalpasti sektor-sektor bersesuaian untuk membentuk asas pertumbuhan yang mampan, contohnhya melalui program pembangunan vendor tempatan, kerana kita juga perlu membuka peluang kepada syarikat dan PKS tempatan untuk menerima manfaat dari perkembangan ekosistem industri E&E Malaysia,” ujarnya.

NSSTF

Pada mesyuarat itu, 10 pakar industri yang menjadi ahli Panel Penasihat Khas kepada NSSTF telah diperkenalkan yang terdiri daripada pakar dalam pelbagai rantaian nilai dan bekalan dalam industri semikonduktor di Malaysia, mewakili syarikat tempatan dan juga Multinational Corporation (MNC).

Penubuhan NSSTF mencerminkan komitmen serius kerajaan dalam membentuk ekosistem semikonduktor yang dinamik di Malaysia dan memacu pertumbuhan ekonomi yang mampan melalui inovasi dan kerjasama di pelbagai peringkat, selaras dengan pemacuan industri semikonduk.

Advertisement. Scroll to continue reading.
+ posts

Avatar
Ditulis oleh Nor Hidayah

Continue Reading
Advertisement
Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Niat mahukan luahkan ketidakpuasan hati terhadap kakitangan di UTC Komtar, namun lain pula jadinya apabila netizen sokong staf tersebut untuk tolak permohonan ‘renew’ pasport...

Dunia

Kumpulan pertama jemaah dari negara Iran akhirnya dibenarkan ke Arab Saudi untuk mengerjakan ibadah umrah selepas 10 tahun. Memetik laporan berita rasmi IRNA, kumpulan...

Spotlight

Pelakon terkenal Thailand, Bright Vachirwait Chivaaree mengesahkan dirinya kini menjalinkan hubungan cinta bersama Nene Pornnappan Pornpenpipa, setelah gambarnya bersama pelakon tersebut bertebaran di media...

Filem

Penyanyi dan pelakon, Datuk Awie telah mengarahkan filem pertama berjudul Rebel selepas bertahun-tahun berkecimpung dalam dunia lakonan. Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by OMM Media Sdn Bhd