Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Nilai Skuad United Paling Mahal, Kalahkan Chelsea Dan Manchester City

Baru-baru ini, Pusat Kajian Sukan Antarabangsa (CIES) mendedahkan kelab Manchester United mencatatkan rekod nilai pasukan paling mahal dan segali gus mengalahkan pesaingnya di Liga Perdana Inggeris, Chelsea dan Manchester City.

Menurut laporan Kosmo, nilai keseluruhan untuk mendapatkan semua pemain mereka adalah £989 juta (RM5.78 bilion) dan Erik Ten Hag yang merupakan pengurus kelab tersebut sudah membelanjakan  £400 juta (RM2.33 bilion) sejak tiba di Old Trafford Mei tahun lalu.

Sementara itu, Chelsea berada di kedudukan kedua dimana mengeluarkan perbelanjaan berjumlah £975 juta (RM5.70 bilion) sejak diambil alih oleh Todd Boehly dan Clearlake Capital sejak 18 bulan lalu.

Bagi Manchester City pula, pasukan tersebut telah mengeluarkan perbelanjaan sebanyak £896 juta (RM5.24 bilion) demi melengkapkan pasukan malah, berjaya memperoleh empat pemain yang baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Dalam pada itu, Liverpool menjadi pasukan yang mengeluarkan modal paling tinggi bagi posisi penjaga gol dengan nilai £63 juta (RM368.44 juta) dan United pula nilai bahagian pertahanan dan serangan dengan jumlah keseluruhan £683 juta (RM3.99 bilion).

Difahamkan, Sheffield United dan Burnley menjadi pasukan yang paling sedikit berbelanja dengan nilai £128 juta (RM747 juta) dan £180 juta (RM1.05 bilion) yang juga merupakan pasukan yang baharu dinaikkan pangkat ke EPL.

Sumber: Kosmo!

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nur Ain
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Lokal

Empat maut dalam kemalangan ngeri membabitkan lima kenderaan di Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam berhampiran Penjara Simpang Renggam, Kluang hari ini, lapor Kosmo! Online. Dalam...

Lokal

Seorang lelaki tempatan berusia 19 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kemalangan membabitkan lima buah kenderaan yang mengorbankan lima nyawa di Kilometer 27,...

Lokal

Komuniti Orang Asli di sekitar Jalan Pahang di sini menyatakan kesediaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat (SAR) pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang...

Lokal

Jenazah empat ahli keluarga yang maut dalam nahas jalan raya di Simpang Renggam, Johor semalam selamat disemadikan dalam satu liang lahad di Tanah Perkuburan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd