Connect with us

Hi, what are you looking for?

Spotlight

Nikita Willy Sambut ‘Birthday’ Anak Bersama Pesakit Kanser Di Hospital

Pelakon terkenal Indonesia Nikita Willy dan suaminya Indra Priawan Djokosoetono baru sahaja menyambut ulang tahun kelahiran pertama anak lelaki mereka, Issa Xander.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Rai ‘birthday’ anak bersama pesakit kanser

Namun, apa yang menarik perhatian ramai adalah aktres berusia 29 tahun ini dan suaminya tidak membuat majlis secara besar-besaran bagi meraikan ulang tahun kelahiran anak mereka.

Sebaliknya, mereka memilih Hospital Pesakit Kanser Dharmais, Jakarta pada Sabtu lalu.

Menerusi hantaran dikongikan di Instagram,  pelakon sineteron Puteri Yang Ditukar mengucapkan terima kasih kepada pihak hospital kerana sudi menerima kedatangan mereka.

“Terima kasih @rskankerdharmais sudah menerima kedatangan kami untuk merayakan ulang tahun Issa bersama adik-adik hebat yang sedang berjuang sembuh.
“Semoga Issa bisa mencontoh kakak disana untuk selalu bersyukur dan tersenyum,”tulisnya.

Terima kasih doktor dan jururawat

Nikita atau nama sebenarnya Nikita Purnama Willy turut mengucapkan terima kasih kepada barisan doktor dan jururawat yang tidak berputus asa memberi rawatan terbaik kepada kanak-kanak yang bertarung nyawa melawan kanser.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Malah, Nikita turut menitipkan kata-kata semangat buat mereka di luar sana yang kini sedang melawan kanser.

“Dan terima kasih untuk para dokter dan perawat yang tidak kenal lelah untuk selalu merawat adik-adik disana.
“Untuk adik-adik atau teman-teman yang sedang berjuang melawan penyakitnya, semangat selalu dan ingat kalian tidak sendirian, aku mewakili followersku selalu mendoakan dan support kalian.
“Virtual hug,”tulisnya lagi.

Alhamdulillah, tahniah dan terima kasih

Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi di mana rata-rata warganet turut memberi pujian kepada pelakon sinetron Cinta Buta kerana memilih untuk meraihkan ‘birthday’ anak bersama pesakit kanser.

Untuk rekod, Nikita dan Indra bernikah pada 16 Oktober 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Issa Xander Djokosoetono yang kini berusia setahun.
Nikita melahirkan anak pertamanya pada Jumaat 8 April 2022 di Cedars-Sinai Medical Centre, Los Angeles
Sumber: Instagram @nikitawillyofficial94

Farah Nadia
Ditulis oleh Farah Nadia

Berdiam tidak semestinya salah. Lantang tidak semestinya benar. Jaga hati, jangan sampai terguris perasaan.

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Abdul Rahman Amir Ruddin, 21, atau Aman, anak sulung pasangan yang terkorban dalam tragedi kemalangan maut meragut enam nyawa di Kilometer 5, Jalan Segamat–Kuantan...

Sosial

Doktor dan pempengaruh media sosial, Dr. Malar Santhi Santherasegapan tampil memohon maaf secara terbuka susulan kontroversi kenyataannya yang didakwa merendahkan individu berkelulusan Sijil Pelajaran...

Lokal

Penemuan seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di belakang sebuah rumah di Kampung Alor Lintang, Kampung Raja pada Ahad lalu membawa kepada pendedahan kes sumbang...

Sosial

Pempengaruh dan usahawan, Faiz Soul mengajak semua pihak untuk ‘move on’ susulan video permohonan maaf Dr. Malar Santhi Santherasegapan berhubung kontroversi kenyataan melibatkan isu...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd