Connect with us

Hi, what are you looking for?

Politik

Dijemput Sendiri Oleh Presiden, Nik Elin Akui Ahli Muafakat Nasional

Peguam yang sedang hangat diperkatakan, Nik Elin akui ahli Muafakat Nasional (MN) dalam satu wawancara khas podcast New Straits Times  bertema ‘Beyond the Headlines’ .

Mengesahkan dakwaan sebelum ini

Memetik laporan dari Sinar Harian, Nik Elin atau nama sebenarnya Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid mengesahkan dakwaan tersebut susulan khabar angin yang mengatakan dia adalah ahli MN sebelum ini.

Nik Elin akui ahli Muafakat Nasional

Nik Elin akui ahli Muafakat Nasional, dijemput oleh presiden untuk sertai

Ujarnya, dia telah dijemput sendiri presidennya, Tan Sri Annuar Musa bagi bersama-sama dalam MN dan menerimanya kerana tertarik dengan penekanan tentang perpaduan, kasih sayang, kebebasan dan keadilan yang diketengahkan.

“Presiden MN sendiri jemput saya dan apabila menyemak laman sesawang mereka, ia sangat bagus dalam menekankan perpaduan, kasih sayang, kebebasan dan keadilan yang saya percaya bermanfaat untuk negara.
“Saya memohon keahlian secara dalam talian dan diluluskan serta-merta,” katanya.

Nik Elin akui ahli Muafakat Nasional

Nik Elin akui ahli Muafakat Nasional, isu jadi bualan lepas viral

Sebelum ini, Nik Elin, 62 bersama anaknya, Tengku Yasmin Natasha Tengku Abdul Rahman, 26, telah menjadi bualan di media sosial susulan mengemukakan petisyen mencabar Perlembagaan berhubung peruntukan kesalahan dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) Kelantan 2019 pada 25 Mei 2022.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Nik Elin akui ahli Muafakat Nasional

Artikel lain: Nik Elin Nafi ‘Imamkan’ Suami, Cuma Pimpin & Ajar Solat

Pada Jumaat lalu, Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan 16 daripada 18 peruntukan dalam enakmen berkenaan adalah terbatal dan tidak sah.

Panel hakim diketuai Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat memutuskan demikian selepas membenarkan Nik Elin Zurina dan Tengku Yasmin Nastasha selaku pempetisyen bagi mencabar 18 peruntukan enakmen tersebut.

Jelas Nik Elin, dia dan anaknya tidak mempunyai sebarang kepentingan politik sewaktu mencabar 18 peruntukan  berkenaan.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Sinar Harian (Nurul Aisyah Mohd Basaruddin)

Siti Hajar
Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan semua pihak perlu mengemukakan bukti kukuh berhubung dakwaan pemalsuan dokumen melibatkan pemain warisan negara dan bukan sekadar...

Sosial

Penghibur jalanan dikenali sebagai Abang Mr Bean meluahkan rasa terharu apabila beliau dan isterinya terpilih sebagai penerima tajaan Umrah 1000 Asnaf oleh Ikhlas Com...

Lokal

Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemui rentung selepas sebuah kediaman di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah terbakar dalam kejadian pada Ahad. Pusat...

Bisnes

Siapa sangka di sebalik jenama pakaian tempatan yang kini menjadi pilihan ramai, tersimpan kisah jatuh bangun seorang anak muda yang pernah bergelut demi kelangsungan...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd