Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Nicol David Ucap Tahniah, Skuasy Dipertandingkan Di Olimpik 2028

Bekas Ratu Skuasy negara, Datuk Nicol Ann David mengucapkan tahniah diatas kejayaan sukan skuasy yang akan dipertandingkan di Olimpik Los Angeles 2028 nanti.

Memetik daripada ciapan beliau di aplikasi X, Nicol memaklumkan yang perkara tersebut sangat menggembirakan selepas bertahun-tahun menanti untuk melayakkan skuasy di kejohanan paling berprestij dunia itu.

“Cukup luar biasa! Sememangnya layak selepas bertahun-tahun bekerja keras! Tahniah kepada Skuasy kesayangan kita dan bakal juara,” tulisnya ringkas dengan memuat naik semua ciapan daripada PSA World Tour.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Terdahulu, memetik laporan dari Bernama, Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) mengesahkan skuasy disenaraikan dalam program Sukan Olimpik edisi Los Angeles 2028 (LA28) selepas bertahun-tahun mencuba dan menunggu.

Selain skuasy, besbol/sofbol, kriket dan dua sukan tradisi Amerika Syarikat (AS) iaitu flag football dan lacrosse juga antara lima sukan baharu yang diluluskan oleh Lembaga Eksekutif menjelang sesi IOC di Mumbai, India, selepas meneliti cadangan daripada Jawatankuasa Pengelola LA28.

Presiden IOC Thomas Bach berkata, kemasukan lima sukan itu akan membolehkan Pergerakan Olimpik melibatkan diri dengan atlet baharu serta komuniti peminat.

“Pemilihan lima sukan ini selaras dengan budaya sukan Amerika dan mempamerkan sukan ikonik Amerika kepada dunia, sambil membawa sukan antarabangsa ke AS.
Sukan ini akan menjadikan Olimpik LA 2028 lebih unik,” katanya dalam kenyataan.

Kredit foto: Olimpik.com

Advertisement. Scroll to continue reading.

Menurut IOC, program acara dan kuota atlet bertanding akan dimuktamadkan selepas Olimpik Paris 2024 yang dijadual berlangsung pada 26 Julai hingga 11 Ogos tahun depan.

Skuasy dan flag football akan dipertandingkan buat julung kalinya manakala besbol/sofbol, kriket dan lacrosse pula dipertandingkan semula dalam temasya terbesar dunia itu.

“Skuasy sudah disenaraikan dalam lapan temasya sukan lain, dengan wakil dari empat benua berada dalam 10 ranking teratas dunia.
Skuasy menunjukkan perkembangan menakjubkan sejak kebelakangan ini, terutama dalam kalangan anak muda, dengan peningkatan 87 peratus dalam penyertaan skuasy antara 2015 dan 2019 di AS,” menurut IOC.

Kredit foto: Utusan

Kriket dengan lebih 2.5 bilion peminat seluruh dunia, hanya dipertandingkan di Olimpik Paris 1900, dan IOC yakin penyertaan dalam temasya LA28 membawa peluang besar untuk melibatkan diri dengan negara dan komuniti baharu.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Lembaga Eksekutif IOC turut menyokong pentatlon moden dan angkat berat untuk dipertandingkan di LA28, dengan syarat disiplin berkuda digantikan dengan perlumbaan berhalangan dalam pentatlon moden manakala Persekutuan Angkat Berat Antarabangsa (IWF) meneruskan usaha anti-doping dengan berkesan.

Bagaimanapun, keputusan mengenai tinju masih ditangguhkan kerana IOC belum mengiktiraf persekutuan antarabangsa alternatif selepas menarik balik pengiktirafan terhadap Persatuan Tinju Antarabangsa (IBA).

Artikel lain: Tewaskan Hong Kong, Skuasy Berpasukan Wanita Hadiahkan Malaysia Pingat Emas Ke-3

Pada Sukan Asia Hangzhou 2022 di China baru-baru ini, pasukan skuasy Malaysia membawa pulang tiga pingat emas serta masing-masing satu perak dan gangsa.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: X Nicol David, Bernama

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sukan

Jaguh Muay Thai negara, Aliff Rakib mencipta sejarah apabila muncul rakyat Malaysia pertama merangkul gelaran dunia ONE Championship selepas menewaskan legenda Muay Thai Thailand,...

Dunia

Kedutaan Itali di Bangkok memohon maaf kepada rakyat Thailand selepas sekumpulan pelajar Itali didakwa mengganggu ketenteraman awam ketika berada dalam perkhidmatan BTS Skytrain baru-baru...

Nasional

Keyakinan industri pertahanan global terhadap keupayaan Malaysia sebagai penganjur pameran bertaraf dunia terus diperkukuh apabila beberapa syarikat antarabangsa mengesahkan penyertaan awal dalam Pameran Antarabangsa...

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd