Connect with us

Hi, what are you looking for?

Sukan

Nicol Ann David Cipta Sejarah! Berjaya Raih Pengiktirafan Tertinggi Di Hong Kong

Sosok yang tidak asing lagi dalam bidang sukan Datuk Nicol Ann David telah berjaya mencipta sejarah apabila namanya terpahat dalam Dewan Kemahsyuran Persatuan Skuasy Profesional (PSA) di Hong Kong pada Ahad.

Difahamkan, Nicol turut sebaris dengan lagenda squash Pakistan, Jansher Khan, Jahangir Khan dan Susan Devoy (New Zealand) yang juga menerima Pengiktirafan kejayaan tersebut.

Menerusi satu hantaran di Facebook, beliau meluahkan rasa teruja beliau dalam hari bahagia tersebut.

Foto: FB Nicol David

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Hari yang sangat bermakna.  Saya menilai pengiktirafan ini sejak beberapa minggu lalu dan apakah ertinya kepada saya dan saya fikir ini secara rasminya menunjukkan yang saya sudah mencipta sejarah yang mana sukar untuk saya percayai,” tulisnya.

Pemain kelahiran penang itu juga menyatakan tentang fokus utamanya terhadap organisasi yayasan beliau.

“Saya fikir selepas ini, saya boleh pastinya yang saya boleh melakukan apa yang termampu dalam karier saya… namun misi utama saya sekarang adalah mengenai yayasan saya, untuk membantu kanak-kanak, keluarga dan komuniti di Malaysia dengan harapan pada satu hari nanti, semua usaha ini akan diiktiraf di Malaysia dan dunia.
Saya mahu mendedikasikan pengiktirafan ini kepada ibu bapa, jurulatih Liz Irving, pasukan sokongan saya dan Malaysia kerana sentiasa menyokong di sepanjang karier saya,” katanya

Foto: FB Nicol David

Memetik laporan PSA Squash Tour, ketua pegawai PSA, Alex Gough turut memuji kedua figura ikonik squash tersebut iaitu Nicol dan Jansher.

“Kedua-dua adalah figura ikonik dalam sejarah skuasy dan mereka meninggalkan legasi dalam sukan ini,” ujarnya.

Alex menyatakan bahawa Nicol adalah inspirasi kebanyakkan pemain squash di Malaysia dan seluruh dunia yang memiliki rekod selama sembilan tahun secara berterusan di puncak ranking dunia dan pastinya sukar untuk ditandingi.

Advertisement. Scroll to continue reading.

Sumber: Facebook Nicol David, Berita Harian (Suhairi Thani)

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Sosial

Bekas adik ipar usahawan dan personaliti media sosial, Iqbal Zulkefli iaitu Anes Ayunie kini berada dalam keadaan stabil selepas mengalami komplikasi ‘placenta accreta’ sejurus...

Lokal

Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) terus memperkukuh jaringan akademik dan industri kreatif antarabangsa menerusi Program Lawatan Secara Bersemuka Profesor Adjung Erik Knudsen 2026 yang...

Nasional

Kesejahteraan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) terus diletakkan sebagai antara agenda utama dalam Pelan Strategik Pertahanan Negara (PSPN) 2026–2030 dengan penekanan kepada pembangunan semula...

Lokal

Keputusan Mahkamah Majistret yang memerintahkan seorang pemandu remaja lelaki dihantar ke Sekolah Henry Gurney selama tiga tahun selepas menyebabkan kematian tiga remaja dalam nahas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd