Connect with us

Hi, what are you looking for?

Lokal

NGO Cadang Tarik Semula Gelaran Datuk Milik Pengerusi GISBH

Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melaka mencadangkan Istana Melaka menarik semula Pingat Darjah Pangkuan Seri (DPSM) yang diberi kepada Pengerusi GISB Holdings (GISBH), Datuk Nasiruddin Mohd Ali.

Foto: Sinar Harian

Menerusi laporan Sinaran Harian, Pengerusi Pertubuhan Kepimpinan Anak Bangsa (PKABM), Wan Ahmad Afiq Noordin berkata, siasatan dijalankan oleh pihak berkuasa berkuasa melalui Op Global berhubung tuduhan serius terhadap Nasiruddin, termasuk isu pemerdagangan manusia.

Wan Ahmad Afiq berkata, walaupun mahkamah belum mensabitkan kesalahan individu tersebut, isu-isu berkaitan dengannya telah mencemarkan pandangan umum terhadap pingat kebesaran negeri diterimanya pada 25 Ogos lalu dan telah menimbulkan kesan buruk terhadap persepsi masyarakat.

Advertisement. Scroll to continue reading.
“Ini telah mencemarkan nama baik negeri Melaka kerana menonjolkan seorang individu yang kini terlibat dalam kontroversi besar.
“Lebih memburukkan keadaan selepas Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis telah menetapkan ajaran yang diamalkan oleh GISBH mengandungi unsur ajaran sesat, khususnya fahaman batiniah yang melampaui batas agama Islam,” katanya.

Foto: Sinar Harian

Kenyataan ini disampaikan selepas penyerahan memorandum mencadangkan pembatalan anugerah tersebut yang dilakukan kepada, Penolong Setiausaha Kerajaan Pejabat Yang di-Pertua Negeri Melaka, yang mewakili Pejabat Yang di-Pertua Negeri Amirul Hakim Mohd Yusof di Seri Negeri, Ayer Keroh hari ini.

Sumber: Sinar Harian (Nor Farhana Yaacob)

Advertisement. Scroll to continue reading.

Ditulis oleh

Advertisement

Artikel Menarik Lain

Dunia

Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) merayu agar kerajaan tidak meneruskan rancangan menghantar pulang 5,000 pelarian Rohingya ke Myanmar kerana mendakwa...

Lokal

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH), Datuk Nik Mohd Hasyudeen Yusoff menyindir pihak yang membuat tuduhan tanpa bukti selepas Laporan Suruhanjaya Siasatan...

Lokal

Lelaki yang dilaporkan hilang selepas keluar mencari petai di kebun Bukit Kampung Gemuruh, di sini, sejak Ahad lalu, ditemukan meninggal dunia pada Rabu. Mangsa,...

Sukan

Litar Antarabangsa Sepang (SIC) kekal sebagai antara litar Formula 1 (F1) terbaik pernah dibina dan masih memiliki nilai istimewa dalam dunia perlumbaan antarabangsa. Bekas...

Advertisement

Hakcipta © 2018 Borakdaily.com, Powered by Infinity Media Digital Sdn Bhd